Pelakon, Fauzi Nawawi ada berkongsi beberapa keping foto momen indah bersama isterinya, dramatis Lisdawati di akaun Instagram miliknya.
Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi ada memberi tips untuk kekal bahagia dalam rumah tangga menerusi entri berkenaan.
“Kami saling bergandingan.. seiring dan sejalan.
“Walaupun kadang kadang tak sama pandangan untuk membentuk kebahagiaan perlu ada tolenransi dalam membuat keputusan,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang disampaikan bintang filem Munafik 2 itu.
MH mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Foto : Instagram Fauzi Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Suara Dalam Projek Lagu Istimewa, Kita Teguh Bersama!
Bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan pada tahun ini, Rocketfuel Records mempersembahkan barisan artis mereka iaitu Hael Husaini, Masya Masyitah, Lil J, Abigail dan Dayang Nurfaizah sebagai penampilan istimewa dalam satu projek istimewa.
Mereka tampil dalam sebuah single sempena merdeka bertemakan norma baharu Sing From Home berjudul Kita Teguh Bersama ciptaan komposer terkenal iaitu saudara Amy Bong.
Atas kerjasama ini, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah meluahkan keterujaan mereka kerana sekali lagi dapat berkolaborasi lagi dalam sebuah lagu.
“Walaupun kami sering bekerjasama, namun masih terdapat cabaran bagi menyiapkan projek ini seperti proses rakaman vokal dan video dari rumah dengan kualiti rakaman yang berbeza tetapi dengan bantuan daripada team Rocketfuel, Alhamdulillah kesemuanya berjalan dengan lancar”, kata Hael.
Sementara itu, Dayang Nurfaizah turut mengucapkan terima kasih atas jemputan pihak Rocketfuel dalam projek istimewa merdeka ini.
Bagi Juara Yippie Start Quest 2020, Masya Masyitah pula, dia teruja apabila syarikat rakaman memaklumkan tentang projek tersebut.
“Bagi saya, ia agak berbeza seperti sebelumnya, projek ini harus disiapkan dengan norma baharu. Segalanya dilaksanakan di rumah sendiri namun ia bukanlah halangan untuk memberikan yang terbaik,” katanya.
Artis rap muda asal Subang Jaya, Lil J, juga akui projek kali ini ada kelainannya tersendiri kerana lari dari kebiasaan sekain diberi peluang untuk menyanyikannya dalam Bahasa Melayu dan Tamil.
“Saya mengambil masa hanya sehari untuk menyempurnakan bahagian saya kerana kami semua difahamkan mempunyai masa yang singkat bagi projek ini.
“Namun, ia bukanlah alasan buat saya lakukan secara ala kadar, saya juga harus menjaga kualiti dan memberikan yang terbaik. Tambahan pula, barisan artis yang terlibat dalam projek ini pun bukanlah biasa-biasa,” katanya.
Pendatang baharu, Abigail tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat nyanyiannya menerusi Kita Teguh Bersama.
“Saya bangga dapat menjayakan projek ini bersama dengan artis-artis berpengalaman yang lain, dan saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Rocketfuel kerana terus memberi kepercayaan.
“Walau saya masih baru dalam industri muzik, terima kasih buat rakan artis yang lain kerana tidak jemu memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada saya,” katanya.
Boleh dikatakan, kesemua artis yang terlibat dalam projek ini berharap lagu Kita Teguh Bersama, dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia dalam menghadapi apa jua yang mendatang.
Juga, semoga semuanya terus bersemangat dalam menyambut Hari Kemerdekaan tanah air tercinta yang ke-64. Ukhwah yang terjalin sekian lama dan dikecapi melalui kemerdekaan hendaklah terus dipupuk sebaiknya meski situasi pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Kita Teguh Bersama boleh boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian manakala lirik videonya pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak-Anak Sempurna Di Mata & Hati Saya, Tak Ramai Ibu Bapa Yang Bertuah, Bernasib Baik,” – Noor Kartini
Ibu kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa, Datin Noor Kartini enggan mencampuri sebarang urusan melibatkan keluarga anak-anaknya.
Menurut Kartini, dia merasakan anak-anaknya yang sudah berumah tangga sudah cukup matang untuk membuat sebarang keputusan di dalam hidup mereka.
“Saya tak mahu jawab mengenai Nabila sebab dia sudah berkeluarga dan dewasa. Kalau nak tahu apa-apa, kena tanya dia sendiri.
“Namun, untuk Amira pula, dia masih dalam perlindungan saya sebab dia masih lagi dibawah jagaan saya.
“Saya sebolehnya tak mahu campur sebab saya nak bergembira sahaja dengan anak-anak dan cucu,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Kartini merasakan dirinya sangat bertuah kerana dikurniakan kasih sayang daripada anak-anak yang sentiasa menjadi penyejuk hatinya.
“Bagi saya, anak-anak saya sempurna di mata dan di hati saya. Saya rasa tiada lagi perkara yang saya nak rungutkan.
“Tidak ramai ibu bapa di luar sana yang bertuah, bernasib baik dan beruntung yang diberi nikmat Allah SWT seperti mana yang saya dapat iaitu kasih sayang dalam keluarga anak-anak saya,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Noor Nabila telah sah bercerai talak satu dengan suami, Engku Emran Engku Zainal setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Lafaz cerai tersebut telah dibuat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Sekadar informasi, Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021 namun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Noor Nabila & Ameera Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Kurus, Makin Ramai Bernafsu,” – Terima Foto Kemaluan, Nazrief Nazri Dedah Digangu Lelaki ‘Sangap’
Pelakon, Nazrief Nazri mendedahkan dirinya telah menerima mesej berbaur lucah daripada seorang lelaki menerusi aplikasi Whatsapp.
Menurut Nazrief, dia kerap mendapat mesej nakal sebegini sejak berat badannya menurun.
“Susah juga bila sudah kurus ni. Ramai pula yang bernafsu. Masa tembam hari tu, tiada pula dapat mesej macam ni.
“Nak jual takaful pun tak aman sudah sekarang,” tulisnya.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh pelakon drama Permaisuri Syurga itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Menerusi perbualan di aplikasi Whatsapp itu, individu berkenaan turut bertindak tidak senonoh dengan menghantar foto kemaluannya kepada Nazrief.
Nazrief kemudiannya menempelak lelaki tersebut dan mengingatkannya tentang dosa.
“Tak takut siksa kubur ke? Tak takut dosa. Kesian mak ayah kau. Dapat anak lelaki tapi sangap kemaluan lelaki.
“Aku suka perempuan. Bukan jantan bodoh macam kau. Bawa-bawalah bertaubat. Dunia ini sementara sahaja. Azab api neraka kekal selamanya,” kata Nazrief kepada individu berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak mengendahkan teguran tersebut sebaliknya terus menyuarakan keinginannya terhadap Nazrief.
“Itu semua tolak tepi. Yang penting dapat body Naz pun dah puas. Mula elok macam kau siapa yang tak nak,” katanya.
Terdahulu, individu tersebut difahamkan telah mendapat nombor telefon Nazrief di akaun Instagram miliknya.
Sebelum ini Nazrief pernah berkongsi perkara sama apabila seorang lelaki mahu berkenalan dengannya dan mengajak melakukan perkara
tidak senonoh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nazrief Nazri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI