Berita

“Untuk Menyempurnakan Lagi Majlis…,” – Gimik Abang Red Serah Cincin, Adira Tiada Niat Main Main Soal Kahwin Cerai

Share

Penyanyi, Adira Suhaimi tampil menjelaskan mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dia mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.

Ia susulan kejutan yang dilakukan bekas suaminya itu yang tiba-tiba muncul di atas pentas bagi menyerahkan cincin sebagai gimik pelancaran barangan perhiasan kemas.

“Mulut orang saya tak boleh nak tutup, yang mana tahu, tahu sahajalah. Tapi kalau nak kata main main tentang perkahwinan, cerai dan sebagainya, semua orang pun tahu benda itu tidak boleh dibawa main.

“Jadi apa yang berlaku itu adalah jalan dan proses yang perlu saya hadapi, tidak perlu untuk semua orang faham kenapa, tak perlu orang tahu kenapa.

“Cukuplah hanya saya dan abang Red sahaja yang tahu serta keluarga terdekat,” katanya.

Adira berkata demikian ketika ditemui sejurus pelancaran cincin terbaharu, Siti Adira Miragold Collection di Magica Grand Hall, Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam pada Khamis.

Malah tambah Adira, gimik tersebut telah mendapat persetujuan Abang Red sendiri sebagai salah satu pelengkap kepada acara untuk menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.

“Macam babak cincin diberi ketika acara berlangsung pula, bukan niat untuk main-main tetapi itu adalah sebahagian daripada acara untuk menjayakan majlis.

“Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur sebab abang Red pun memberikan komitmen penuh. Jadi saya sangat menghargai dia yang mahu membantu.

“Sebenarnya bukannya nak bagi cincin tu mahu berkahwin, tidak. Tiada niat untuk main-main pun sebaliknya adalah sebahagian daripada majlis.

“Untuk menjayakan, mencantikkan dan menyempurnakan lagi majlis tersebut,” jelasnya lagi.

 

Terdahulu, gimik Abang Red membawakan cincin kepada Adira semasa majlis pelancaran cincin terbaharu Siti Adira Miragold Collection itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Ada yang suka dan ada juga yang menyatakan rasa kurang senang kerana seolah-olah mempermainkan isu rumah tangga yang berlaku di antara mereka.

Untuk info, Abang Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH