Pelakon, Rita Rudaini menegaskan dirinya tidak pernah berkira dalam memastikan segala keperluan dan kebajikan anak-anak tersedia sepanjang 15 tahun ini.
Menurut Rita, dia akan sentiasa bekerja keras demi mencari rezeki yang halal demi memberikan kehidupan yang terbaik buat dua orang anaknya.
“Saya tak berkira bila melibatkan bab belanja besarkan anak-anak dan saya juga tidak suka
pembaziran. Sudah 15 tahun saya urus sendiri.
“Rezeki yang saya dapat sama ada banyak atau sedikit, itu adalah rezeki anak-anak saya.
“Tak salah saya belanjakan untuk keperluan
mereka asalkan ke arah kebaikan masa depan mereka,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Mami Jarum Junior itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Rita berharap agar orang luar berhenti mempertikaikan caranya membesarkan anak-anak selama ini.
“Untuk ‘netizen terpaling DNA dan terpaling 3K’, suka hati sayalah nak besarkan dan jaga anak saya macam mana. Lebih baik dari tak ambil tahu langsung.
“Baka-baka keturunan jenis makan tahi memang fikir pun macam tahi. Dah itu level otak korang. Nak buat macam mana?,” ujarnya lagi.
Sejak akhir-akhir ini, Rita dilihat agak lantang bila bercakap mengenai anak-anaknya lebih-lebih lagi bila ada yang mengaitkan kejayaan mereka dengan bekas suami, Aidil Zafuan
Untuk rekod, Rita dan Aidil pernah mendirikan rumah tangga pada 2008 namun, berpisah pada 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI