“Untuk Orang Seperti Saya Yang Sentiasa Membuat Kesilapan…,”- Tak Sabar Sambut Puasa, Ini Harapan Suci Jep Sepahtu Sempena Ramadan

Share

Kurang daripada 48 jam, masyarakat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Kesempatan tersebut digunakan oleh pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu untuk meluahkan aspirasinya sepanjang bulan yang mulia ini.

Menurut Jep, dia berharap agar puasa kali ini menjadi titik permulaan untuk kita semua berubah ke arah yang lebih baik.

“Untuk orang seperti saya yang sentiasa membuat kesilapan.

“Mohon diampunkan segala silap saya dan keluarga.

“Moga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk kita berubah ke arah kebaikan.

“Marhaban Ya Ramadhan,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Sari Yanti itu di laman Instagram miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan hasrat yang sama selain turut tidak sabar menantikan ketibaan bulan Ramadhan ini.

Sumber: Instagram Jep Sepahtu

Published by
Aizam Manaf