Usahawan dan bintang media sosial, Coach Yin mengakui bahawa dia kini mulai sedar akan erti persahabatan.
Sahabat sejati adalah individu yang sentiasa ada, saat susah susah atau senang.
Kongsi pemilik nama penuh Mohd Tishrin Mohd Adanan ini menerusi Instagram, saat jatuh bangun dirinya satu ketika dahulu, ada segelintir sahabat yang memberi sokongan dan semangat kepadanya.
Dan tak kurang yang seperti mulai diam dan menjauhkan diri. Sekali gus, ia ‘membuka mata’ Coach Yin untuk lebih menghargai persahabatan yang dijalinkan selama ini.
“Alhamdulilah semua berjalan dgn lancar. Untuk pengetahuan anda selama ig sy kene hack, semua kwn2 sy yg jenis insta famous hilang. jika dulu ajak lepak xde masaalah. Pergi tgok wayang pun xde Masaalah.
IKLAN
“Tapi bila sy jatuh je. mereka semua menghilangkn diri.dekat sini lah baru sy nampak erti persahabatan dan selama 6 bulan sy susah, mereka ini lah #bradermc yang byk bg semangat kt sy.
“Mereka berkawan bkn atas dasar duit atau kepentingan.tp mereka berkawan atas nama persabahatan.
“Skrg sy dah nmpak mana kwn dan mana y jenis pentingkn diri sendiri.. xlupa jgk kepada Nur Syaza Sajadiah y sentiasa memberi semangat dan menolong sy utk dapatkn ig sy kembali.
IKLAN
“Terima kasih sy ucapkn,sy hargai sgt2.sebagai tanda balasan ,sy akn tolong beliau utk naik kn lagi sale bisness beliau dari segi markerting,jadi kepada anda di luar sana.hati2 memilih kwn.jgn berkwn yang sentiasa ada semasa kita senang shj,” tulisnya sambil disertakan beberapa keeping gambar bersamasahabat.
Lalu, netizen bersetuju dengan pendapat rakan kerja usahawan dan penyanyi, Nur Sajat ini kerana tetap menghargai sahabat.
Terdahulu, instagram Coach Yin telah digodam pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan pengikutnya semakin berkurangan, sejak beberapa bulan lalu.
Malah, Instagram Sajat juga turut menerima nasib sama sebelum ini.
Foto: Instagram Coach Yin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara senior, Datuk Aznil Nawawi menghormati pendirian serta hak individu yang memilih untuk tidak menerima suntikan vaksinasi Covid-19.
Katanya yang mesra disapa Pak Nil, dia percaya golongan yang disebut sesetengah pihak sebagai sebagai anti vaksin dan prosafe (ambil langkah berjaga-jaga) ini mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
“Ia hak masing masing. Saya hormat. Daripada awal lagi kerajaan pun tak paksa sama ada nak ambil vaksin atau sebaliknya. Tapi bila keluar dakyah salah bertentangan sains atau propaganda itu ini daripada segelintir golongan berkenaan, itu yang tak syok.
“Mungkin sebaiknya golongan itu tidak terlalu lantang di media sosial. Tapi ia hanya pandangan rawak saya saja kerana zaman media sosial beraja ini ramai tegar bersuara,” katanya.
Pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu bagaimanapun menyambut baik mengenai peratusan penduduk di negara ini yang sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan vaksin.
“Jadi selebihnya iaitu 10 peratus lagi merujuk kepada golongan antivaksin, kanak-kanak dan mereka yang tak boleh divaksin atas faktor pelbagai termasuk kesihatan.
“Kita yang memilih vaksin ini jangan bermusuh dengan mereka. Kita cuba lindungi mereka. Majoriti akan menang melawan minoriti. Insya-Allah.
“Kita sudah bergelut melalui era COVID-19 ini. Cukup… cukuplah derita itu. Tak perlu kita tambah dengan pertelagahan prinsip mahu divaksin atau sebaliknya,” katanya yang sudah lengkap dua dos vaksin.
Dalam pada itu, di usianya sekarang yang akan genap 59 tahun 6 November ini, Pak Nil dilihat kekal menjaga tahap kesihatannya.
Malah rezekinya sejak awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu turut diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie.
“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.
“Malah ada rangkaian produknya yang mempunyai testimoni sebagai penguat daya ketahanan diri selain alternatif melawan pelbagai virus termasuk COVID-19.
“Malah saya juga ada meminta bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed yang disahkan positif COVID-19 tahap empat mencuba. Alhamdulillah ikhtiar serba sedikit membantu dan pulih.
“Malah pihak jenama produk ini juga membantu Najman menyelesaikan kos bil hospital atas paksi kemanusiaan,” katanya yang ditemui di sidang media pelancaran rangkaian produk Diffenz Junior keluaran Eskayvie baru-baru ini.
Produk yang dilancarkan itu khusus untuk kanak-kanak dan Pak Nil percaya golongan kecil itu juga wajar dilindungi.
“Apabila ada inisiatif pihak produk ini buat suplemen khusus untuk kanak kanak mendapat perlindungan di musim pandemik, saya paling bersetuju.
“Apatah lagi ada golongan ini sudah kembali bersekolah secara bersemuka. Virus jahat ini kita tak nampak, jadi kena sentiasa berwaspada. Golongan dewasa sendiri pun boleh terdedah kepada perkara yang tak diingini, apatah lagi si kecil.
“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” katanya.
Penyanyi lagu Apo itu juga berharap, usaha memupukkembali minat golongan pelajar ke sekolah dalam membiasakan norma baharu tidak dicemari atau ditakuti dengan perkara tidak perlu.
“Kita tak mahu wujud lagi golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang ‘double meaning’ hingga menggalakkan perbuatan rogol membabitkan guru dan pelajar. Baru baru ini ada dakwaan pula masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.
“Saya harap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sebegitu. Sudahlah pelajar ini sejak sekian lama tidak ke sekolah dan membiasakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sekolah itu bukan satu tempat yang ditakuti.
“Sebaliknya peringkat awal ini, ia patut dianggap lokasi seperti taman permainan untuk menarik minat semula selepas lama ‘bercuti’. Kemudian lama lama diterapkan pembelajaran yang menjadi nadi persekolahan,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Dafi menafikan dakwaan pemilihannya sebagai salah seorang pelakon didalam filem Malbatt Misi Bakara adalah untuk memanfaatkan statusnya sebagai anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Dafi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai hubungan baik bersama pengarah, Adrian Teh sejak berkerjasama menerusi filem Ada Hantu.
“Adrian sebelum ini pernah menghasilkan filem Paskal. Jadi, dia memang sudah ada hubungan yang baik dengan tentera Malaysia. Ini bukan fasal ambil kesempatan.
“Saya ditawarkan watak ini sebab saya pernah bekerja dengan Adrian untuk filem Ada Hantu. Itu merupakan projek pertama saya dengan Adrian.
“Hubungan kerjasama itu memang sudah lama wujud. Mungkin dia melihat saya sesuai denagn watak ini dan boleh memberikan komitmen penuh. Sebab itu dia panggil saya lagi,” katanya kepada Media Hiburan.
Bagaimanapun, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-5 ini mendedahkan dia tidak boleh menolak sekiranya ada pihak yang ingin memberikan layanan istimewa terhadap dirinya.
“Saya harap orang tak salah anggap apa yang ingin saya perkatakan ini. Saya tak pernah rasa yang saya ini punyai apa-apa keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri.
“Namun, kalau ada pihak yang ingin memberikan peluang atau layanan istimewa tanpa saya minta, saya akan terima sahaja. Saya tak patut nafikan perkara itu sebaliknya saya harus bersyukur.
“Terima kasih kepada ayah saya kerana bekerja keras. Saya pandang dari sudut positif. Saya tumpang sikit sahaja dan yang penting saya tidak meminta-minta,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem tersebut pada Sabtu.
Tambah penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu lagi, dia juga seronok saat menjalani latihan di kem tentera, Port Dickson sebagai persiapan bagi menjayakan filem ini.
“Terus terang saya cakap, sewaktu awal-awal mendapat tawaran ini, saya berfikir panjang juga. Nak melakonkan watak askar ini pun bukan mudah dan saya juga tak nak mencacatkan filem orang.
“Adrian dan Hairul Azreen pun selalu memberikan-kata-kata semangat. Saya juga turut jalani latihan di kem askar di Port Dickson. Orang luar mungkin tak tahu, saya sebenarnya suka buat aktiviti luar ini.
“Sewaktu latihan, saya kena belajar untuk membawa APC, menembak dan mempelajari pengetahuan asas mengenai tentera. Saya langsung tak stres kerana ia pengalaman baru buat saya.
“Sepanjang 15 tahun di dalam industri, saya tak pernah terfikir pun akan membawakan watak askar. Bila dapat peluang ini, ia merupakan sesuatu yang berbeza,” akhirinya.
Filem yang mengangkat kisah benar tentang perjuangan tentera Malaysia ini telah menelan belanja sebanyak RM20 juta.
Selain Dafi, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Hairul Azreen dan ramai lagi.
Malbatt Misi Bakara dijangkan bakal ditayangkan bersempena Bulan Kemerdekaan pada tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...