“Untuk Rawatan Kimo Yang Kelima…,” – Rawatan Kanser Gusi, Nassier Wahab Ucap Terima Kasih Buat Penderma Darah Yang Tak Diketahui Gerangannya

Share

Berkongsi rawatan kimoterapi pusingan kelima yang diterima, Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa terharu apabila menerima darah daripada seorang penderma yang tidak diketahui gerangannya.

Utk rawatan Kimo yg ke 5 aku perlu menambahkan darah kerana darah merah ku berkurang.

“Sewaktu darah di masukkan dan mengalir di dlm badan tiba tiba aku jadi sebak dan terharu kerana spanjang hidup ini adalah kali pertama aku menerima darah dari seorang penderma yg aku tidak ketahui siapa orang nya.

“Walau bagaimana pun aku ucapkan tkasih kerana menyelamatkan nyawaku,” ucapnya.

Penyanyi malar segar ini pernah mengesahkan telah bebas sepenuhnya daripada kanser gusi selepas menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan 1 Jun lalu.

Kanser gusi dikesan ketika dia menjalani rawatan gigi empat tahun lalu dan tahap kesihatannya dikatakan merosot selepas mencabut gigi geraham sebelah kiri rahang dua tahun lalu.

Foto : Instagram Datuk Nassier Wahab

Published by
Noraini Abd Wahab