Penyanyi, Syura Badron, yang berdepan saman daripada penyanyi, Siti Nordiana bersama empat kenalan lain bersikap terbuka dan sudah memaafkan membabitkan segala kemelut di antara dia dan penyanyi berkenaan.
Syura,35, berkata kepada MH, hatinya berlapang dada untuk melupakan perkara itu meski sedia maklum untuk melupakan segala hal yang terjadi mungkin sukar.
“Rasanya untuk berbuat demikian ia memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Jadinya saya dan rakan-rakan sudah terbuka mengenai perkara ini. Sebab itulah kita ada mediasi dan pada sesi berkenaan pun kita sudah meluahkan segala-gala. Cuma nampaknya, kita gagal capai kata sepakat daripada kedua-dua belah pihak.
“Jadi bila tiada persetujuan dan kes itu masih berjalan, kita hanya ikut prosedur saja. Kalau kata memaafkan atau memohon maaf, untuk saya sendiri… Lillahi ta’ala saya dah memaafkan segala apa yang berlaku.
“Cuma daripada dia, saya tak tahulah macam mana kan. Tapi untuk saya sendiri, saya sudah melupakan dan move on. Jadi bila ia dibawa ke mahkamah kita tengoklah apa keputusan.
“Saya mengharapkan peminat di luar sana mendoakan yang baik-baik bukan untuk saya seorang tetapi untuk pihaknya juga. Mudah-mudahan kita dapat satu keputusan yang baik bagi kedua-dua belah pihak,” katanya.
Ads
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Kasih 22 Hari Mesra Gelandangan Di Alka Ria, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada Selasa.
Ditanya apakah pendiriannya mengenai perkara tersebut secara peribadi, Syura akui hubungannya dan perkenalannya bersama Siti Nordiana sudah terjalin sejak usia remaja.
“Sebagai manusia siapalah kita untuk tidak memaafkan. Saya dengan dia bukannya baru (mengenali). Umur saya 13 tahun dan dia 15 tahun kalau tak silap saya, ketika itu. Lama sangat, daripada zaman budak-budak.
“Jadi bila berkawan-kawan ni ada masalah sudab tentulah memaafkan itu memang ada sentiasa di dalam hati. Cuma mungkin untuk melupakan… ia perkara personal. Untuk saya sendiri memaafkan, rasanya tiada masalah.
Ads
“Sekiranya dia (Nana) tonton video temubual ini, untuk saya sendiri dan bukan dari kawan-kawan yang lain, saya sudah memaafkan. Itu sahaja. Isu ini berterusan, kalau itulah yang terbaik kita terima dan teruskanlah,” katanya.
Terdahulu, Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama Syura dan empat individu lain iaitu penyanyi, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila; Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.
Dalam saman terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
Ads
Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.
Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas merekadidakwa membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.
Kes saman fitnah membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu berkenaan bakal didengar di Mahkamah Tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/7MakqUyGT-8
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyatakan kekaguman terhadap pasangan romantis, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, penceramah Ebit Lew berkongsi ada cerita mengenai kisah penghijrahan yang tidak diduga.
Katanya, Yana punya impian untuk mencari rezeki yang halal. Malah kisah di suatu malam sewaktu ingin keluar makan menjadi detik paling bersejarah dalam hidupnya.
Ikuti perkongsian Ebit Lew.
“Kagum dengan pasangan @yanasamsudin dan suaminya fadzilzahari. Sebak semua menangis masa Yana cerita niatnya masa keluar rumah dulu nak cari rezeki halal dan cuma nak satu jer nak masuk syurga.
“Tak berhenti Yana Samsudin terima kaseh pada orang tuanya dan suaminya. Terkesan cinta dan kasih sayang Yana dan suaminya. Suaminya baik sangat. Mereka sekeluarga selalu tengok saya dakwah di sana sini katanya.
“Saya tanya bila mula dapat kekuatan berhijab. Jawabnya satu hari masa nak keluar pergi makan. Suaminya beri tudung padanya. Hadiah untuk sayang. Cubalah pakai. Terus beliau menangis teresak dan berhenti dari bercakap.
“Saya tiba-tiba sedih dan teringin nak peluk suaminya nak cakap tahniah. Suaminya terus saya panggil ke pentas dan terus peluknya. Subhanallah hebat suami begini. Suami, motivator, pendakwah, pemimpin baik.”
Menurut pendakwah terkenal ini, ulas Fadzil menutup aurat adalah kerana Allah sayangkan kita.
“Kata Yana pada suaminya Terima kaseh abang. Kata suaminya kita menutup aurat untuk Allah sayang kita. Itulah hari paling bahagia bila suami yang saya cintai tak putus ingatkan saya. Beliau banyak berkorban dan sanggup bantu saya dalam segala hal.
“Yana Samsudin sendiri mengajar anaknya mengaji di rumah. Katanya ayahnya sangat tegas dan mengajar mengaji. Ayah saya selalu dengar ceramah ustaz. Saya berusaha jaga perintah Allah.
“Syukur sangat kini Allah beri peluang beliau menjaga perintah Allah. Beliau kini banyak memberi ceramah dan motivasi di luar sana buat wanita dan anak muda.
“Jika hari terakhir yana. Jawabnya ustaz jika hari terakhir saya. Tiada esok, saya cuma nak masuk syurga. Saya nak jumpa semua dalam syurga. Itu saja ustaz. Doa nak masuk syurga. Doakan yer ustaz. Beliau menangis teresak-esak.
“Saya hadiahkan buku isteriku bidadari pada keluarga bahagia ini. Allahuakbar. Suaminya senyum jer tolong jaga anak dan sentiasa bersama bertiga. Allahuakbar-ebitlew,” tulisnya panjang lebar.
Semalam, telah berlakunya satu kemalangan kecil melibatkan penyanyi, Sufi Rashid bersama isterinya, Nurulain Md Yusof.
Menurut Sufie, tayar kereta yang dipandunya secara tiba-tiba telah meletup sewaktu dalam perjalanan pulang daripada Johor ke Kuala Lumpur selepas selesai menghantar tempahan kepada pelanggan (Cash On Delivery).
“Astaghfirullah! Kereta hampir tergolek. Tayar meletup dari Johor ke KL lepas hantar doorgift customer. Ya Allah terima kasih,” kongsinya.
Tidak lama selepas itu, terdapat pula beberapa pihak yang mendakwa insiden tersebut berlaku disebabkan oleh Sufi yang memandu melebihi had laju.
Tidak mahu isu tersebut dibiar berpanjangan, Nurulain tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar.
“Orang anggap kitorang speeding sebab tu tayar pecah tapi bukan sebab speeding. Tayar pecah selepas 15 minit keluar tol Kulai dan Sufi tak speed pun, lagipun hujan semalam.
“Benda ni jadi cepat gila, masa dengar bunyi tayar pecah tu, kereta dah bergegar dah. Sufi cuba untuk pergi kiri. Tayar pecah belah kanan depan, jadi Sufi struggle untuk tahan steering ke kiri.
“Kalau tak kuat nak tahan ke kiri, taktahu nak jadi apa. So stop assuming!
“Kami membeli kereta ini sebulan yang lalu ada kemungkinan tayar ni sudah tamat tempoh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Nurulain menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.
Dalam pada itu, Nurulain yang telah pun melangsungkan perkahwinan bersama Sufi pada tanggal 21 September 2019 turut mendedahkan punca sebenar insiden tersebut sebaik sahaja menghantar kereta ke bengkel.
“Okay dah jumpa sebab pecah dah. Terkena paku guys,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, menerusi entri yang dimuat naik oleh penyanyi lagu, Aku Sanggup itu, rata-rata netizen meluahkan rasa lega selain turut menasihati Sufi agar lebih berhati-hati lagi selepas ini.
Sumber: Instagram Sufi Rashid & Nurulain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selesai membuat persembahan lakonan menerusi lagu Anak yang dipersembahkan peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) iaitu One Nation Emcess (ONE), pelakon Fauziah Nawi dan cucunya, Thia nyata menjentik emosi penonton.
Fauziah atau mesra disapa Ibu Fauziah turut berbangga dengan Lia yang merupakan anak kepada Allahyarham Mohd Firdaus Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif di atas bakat lakonannya di pentas GV minggu kelapan, malam tadi.
“Bismillahirrahmanirrahiim. Sejak 26.10.19 hingga hari ini 2.12.19 mama tak pernah sehari pun tidak menghitong hari sejak buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mihd Hanif belayar kepelabuhan jauh.
“Pitt I was with your ateh ateh little dragon Thia as actors for #GEGARVAGANZA. Thia did well for a first timer. She took the cue well. Remember her lines. She was well behaved. She slept in the car …OTW ..home. Your nyawa Mhia kept company. Thia all the best.
“I know you can do it…kept assuring her little sister. Pitt mama rasa seronok sbb yr nyawa nyawa well behaved. Thia was happy …so was Mhia..Dhia went out with her friends…Pitt rasa tak percaya mama harus menyebut Khususan Ila ruhii Almarhum Mohd Firdaus ketika mendoakan membaca Yasiin Al fateha buat buah hati mama,” kongsi Fauziah di Instagramnya.
Sekali gus, persembahan ONE dan lakonan Fauziah Nawi, Thia yang turut menampilkan pelakon, Ezzaty Abdullah mendapat pujian dari juri jemputan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
“So good dan beruntung dengan bantuan sketsa yang dipersembahkan, menambahkan lagi ekspresi yang diperlukan.
“Tak perlu tambah lagi, ia akan keluar secara natural. Saya merasakan walaupun penyanyi yang biasa rap, tapi malam ni saya rasa sampai suaranya,” katanya yang diundang sebagai juri jemputan.
Terdahulu, mayat Pitt ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama rakan, terbalik dan terbelah dua ketika memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang pada 26 Oktober lalu.
Malah, bot fiber yang dinaiki dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan Pitt dan rakannya tercampak ke dalam sungai.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mayat Pitt 500 meter dari lokasinya terjatuh.
Jenazah Pitt dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Keramat dua hari kemudiannya.
Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.
Foto : Instagram Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...