“Untuk Terakhir Kali, Tak Pernah Wujud Orang Ketiga Dalam Hal Ini,” – Sarah Hildebrand Tak Mahu Panjangkan Lagi Isu Putus Cinta Sama Nabil Mahir

Share

Selepas timbul pelbagai kenyataan mengenai hubungan cinta pasangan selebriti, Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand yang sudah pun terlerai selepas lebih lima tahun menyulam cinta, Sarah sekali lagi tampil memberikan reaksi.

Kali ini, dia berharap agar isu ini tidak lagi diperbesarkan dan menekankan buat ki terakhir bahawa tiada isu orang ketika mengenai keretakan hubungan mereka berdua.

Menulis kapsyen menerusi entri Instagram terhadap sedutan temu bual bersama Melodi, ini yang Sarah kongsikan;

“Saya berharap temubual bersama @melodiTV3 di @TV3malaysia semalam dapat menjawab pelbagai spekulasi liar tentang diri saya diluar sana. Saya mahu menekankan untuk terakhir kali yang tidak pernah wujudnya orang ketiga di dalam hal ini. Selain tidak mahu lagi memanjangkan isu ini, saya berharap soalan-soalan berkenaan hal ini tidak lagi ditanya.

“Jika diikutkan hati, terlalu banyak yang boleh dan mahu diperkatakan kepada umum tetapi saya memilih untuk tidak menceritakan segala-galanya demi menjaga nama baik pihak yang terlibat. You can assume what you want, that’s on you, but please, don’t take sides.

“I’d rather look bad then make someone else look bad. Only God knows the truth. Terima kasih kerana memahami – Sarah Hildebrand.

Terdahulu, Nabil menerusi kenyataannya ada memberitahu pihak media mengatakan dia sudah membeli cincin sebagai tanda mahu ke fasa lebih serius bersama pelakon kecukan berkenaan.

Foto: Instagram Sarah Hildebrand

 

Published by
Rafiq Mazlan