Pelakon senior, Zarina Zainuddin sedia dikenali oleh kalangan netizen kerana ketabahannya dalam mendidik dan menjaga anak istiemewa menghidap penyakit Autisme.

Zarina Zainuddin telah berkahwin dengan suaminya, Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan telah dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.

Baru-baru ini Zarina telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Gambar tersebut memaparkan gambar anaknya yang bernama Azal dan bersama dengan pelakon hero malaya, Remy Ishak.

Kapsyen gambar tersebut Zarina menulis sambil mengimbau kenangan bersama Remy Ishak.

“Bila lihat gambar ni teringat kat @remyishak masa shooting drama satu hari..”

Ads

“Remy mengusik cakap kat azal awak kerja dengan abang remy lah ya jadi p a abang ..azal senyum dan berkata heiii tapi azal p a to zarina zainuddin only ..”

“Terus tersenyum remy untung akak ada anak syuga katanya..”tulisnya.

“Azal seorang anak yang jujur dan baik dia selalu mengalah untuk adik abang nya dia pandai bawa diri dia walau kemana dia pergi untuk yang tak kenal azal memang suka orang orang popular dan hafal semua nama2 model pelakun termasuklah ahli politik #gambarkenangandiexposingapore”

“Thanks to remy ishak yang selalu humble” tulisnya.

Ads

Lantas, pujian Remy kepada Zarina menjadi perhatian netizen. Bukan itu sahaja, netizen juga turut memuji sikap Remy yang sentiasa berendah diri.

Ads

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Zarina untuk sentiasa cekal dan tabah untuk mendidik dan menjaga anak yang menghidap penyakit Autisme.

Yelah, bukan mudah untuk mendidik dan menjaga anak yang menghidap penyakit Austisme ni. MH mendoakan Zarina sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan.

Foto : Instagram Zarina Zainuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI