Pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu telah selamat menjalani pembedahan usus awal pagi tadi.
Menurut Rahim, kehadiran dua isteri yang menemaninya sepanjang berada di hospital telah memberikannya semangat untuk sembuh.
Momen indah itu telah dikongsikan oleh Rahim menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Bidadari penguat semangat @kolin_abdullah @lilykhay trmkasih kerana berada disini,” tulisnya.
Foto tersebut memaparkan kedua-dua isterinya itu duduk mesra bersebelahan dibahagian kiri dan kanan katil Rahim.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesembuhan Rahim selain menyifatkan pelawak tersebut sebagai ‘beruntung’ kerana memiliki dua isteri yang penyayang.
Dalam pada itu, Rahim turut berterima kasih kepada doktor yang telah bertungkus lumus menjayakan pembedahannya awal pagi tadi.
Foto: Instagram Rahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI