“Upah RM1 Sehari Bawa Minah Balik,” – Sudah Biasa Dengan Kerbau Sejak Usia 10 Tahun, Remy Ishak Terkesan Insiden Menimpa ‘Mowgli Malaysia’

Share

Pelakon, Remy Ishak mengakui dirinya terkesan melihat insiden yang menimpa peluhan kerbau ‘Mowgli Malaysia’ yang dikatakan mati secara mengejut.

Menurut Remy, melihat keadaan tersebut, dia seakan-akan teringat kembali momennya sewaktu kanak-kanak yang gemar bermain dengan kerbau peliharaan bapa saudaranya.

“Tiap kali tgk gambar ni teringat pula masa umur 10-11 tahun, di Melaka.

“Bapa saudara, ‘Pak Ndak’ ada sekor kerbau betina, ‘Minah’ nama dia. Seekor tu je lah kerbau dia.

“Tiap pagi dia lepaskan Minah, saja dibiarkan Minah masuk dalam kawanan kerbau orang lain, yang ada kerbau jantan.

“Sebelum Magrib kena pergi cari minah, pak ndak upah seringgit sehari untuk aku bawak minah balik & tambat depan rumah nenek,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Cun itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah Remy lagi, semenjak kecil, dia sudah selesa bermain dengan haiwan ternakan tersebut.

“Mula-mula memang susah nak cari, tapi lama-lama chemistry aku dengan minah jadi kuat.

“Zaman tu ada bendang di Masjid Tanah. MINAH! jerit je 2-3 kali nama dia, confirm dia datang, berlari-lari.

“Tapi kadang-kadang dia buat hal juga, dia buat tak tahu. Part tu yg kena masuk dalam kawanan dia, cari & tenung sekor-sekor.

“Tak susah pun cari minah, bulu mata lentik. MINAH..!,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut bersimpati dengan apa yang terjadi dengan Mowgli Malaysia itu.

Sumber: Twitter Remy Ishak

Published by
Aizam Manaf