“Update Begitu Begini, Ask Yourself Ada Tak Bill Gates Buat Akaun Media Sosial Anak,”- Individu Ini Kasi Pandangan Soal ‘Parenting Skills’ Hanis Zalikha

Share

Baru-baru ini, pelakon, Hanis Zalikha ada berkongsi cara bagaimana dia membesarkan anaknya, Yusuf Iskandar tanpa kebergantungan kepada gajet.

Perkongsian tersebut rata-ratanya telah mengundang reaksi positif daripada netizen.

Bagaimanapun, seorang individu telah bertindak mempersoal tindakan Hanis yang sering mendedahkan aktiviti anaknya itu di media sosial.

 

“Tak nak bagi anak gajet, but display anak dalam media sosial macam selebriti siap bertanding anugerah Meletop.

“Update begitu begini. Ask yourself ada tak Bill Gates buat akaun media sosial anak dia kat Instagram?

“Bapaknya nak buat anak pun announce kat Instagram. Oh well,” tulisnya.

Tambah individu tersebut, dia tidak pasti sama ada mendedahkan anak di media sosial adalah sesuatu perkata yang betul untuk dilakukan oleh para ibu bapa.

“I don’t see how exposing the child to strangers through social media is ‘good parenting’. It’s too early,” jelasnya di laman Twitter.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh individu tersebut.

Namun, pada pendapat MH, setiap ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak.

Bagaimanapun, setiap orang pun boleh memberikan pelbagai pandangan.

Foto: Instagram Hanis Zalikha

 

 

 

Published by
Rafiq Mazlan