Tahniah kepada pelakon, Raysha Rizrose yang telah pun berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hami anak sulung selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dimaklumkan Raysha atau nama sebenarnya Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.
“Kami, 11 tahun kemudian,” katanya ringkas menerusi hantaran video yang sudah pun menerima lebih 38,000 tanda suka.
Menerusi video tersebut, adik kepada aktres Uqasha dan Nelydia itu berjalan berpegangan tangan di gigi pantai bersama suaminya yang juga pelumba kereta Formula 2 (F2) Nabil Jeffri.
Apa yang menarik perhatian netizen di laman sosial, apabila pelakon berusia 28 tahun itu turut mempamerkan bahagian perutnya atau baby bump.
Ramai sedia maklum, pasangan tersebut sudah pun menjalin hubungan cinta lebih 10 tahun sebelum diijabkabulkan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah termasuk rakan selebriti dan dua kakaknya.
“Love you so much,” komen Nelydia.
“Dada, so happy for you and Nabil,” respon Uqasha.
Sementara itu, Raysha tidak berkongsi butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungan ketika ini.
Imbas kembali, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Intan Najuwa Selamat Bertunang Pada Usia 22 Tahun, Selangkah Lagi Bakal Lalui Fasa Nikah
Tahniah diucapkan buat pelakon drama rantaian, Tuan Danial, Intan Najuwa atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid telah pun selamat mengikat tali pertunangan jejaka idamannya.
Difahamkan, lelaki yang berjaya menyunting hati pelakon ini dikenali sebagai Razz.
Lalu, pelakon kelahiran Johor Bahru ini berkongsi momen majlis pertunangannya bersama peminat menerusi InstaStory, selain turut ‘repost’ kembali momen bermakna itu di platform sama.
Turut dilangsungkan pada sesi pertunangan pasangan berkenaan ialah sambutan ulang tahun kelahiran Intan yang ke-22 tahun.
Intan dan pasangan dilihat tampil dalam persalinan sedondon.
Untuk rekod, Intan telah dilahirkan pada 18 Ogos 1997 di Johor Bahru dan merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.
Tahniah atas ikatan pertunangan yang dilangsungkan dan pastinya, kalian ibaratnya selangkah lagi untuk lalui fasa bernikah bergelar pasangan suami isteri.
Video : Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lagi Merana Hidup Sekiranya Terpaksa Berhadapan Suami Yang Angau Dengan Wanita Lain,”– Wardina Safiyyah
Memberi reaksi terhadap isu yang berlaku di antara PU Abu dan bekas isteri yang diceraikan, Wardina Safiyyah berpendapat, sahabat PU Abu yang menjelaskan bahawa lafaz cerai itu sah adalah sesuatu di luar konteks perbincangan.
Pendapat tersebut disampaikan Wardina menerusi salah satu postingnya di Instagram.
Katanya lagi, isu yang sepatutnya diutamakan adalah isteri yang baru dikahwini, lalu berpisah kerana perempuan lain.
“Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi…. macam nilah… pada saya bukan juga soal PU or whatever Dai’ ceraikan isterinya waktu sarat TAPI si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah Janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung.
“Like seriously? Dua bulan??? Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. So memang elok lah dilepaskan.
“But the fact that he fell in love with another women after just 2 months of marriage is just absurd,” tulisnya.
Malah, ulasnya lagi, tidak berbaloi melayan nafsu yang tidak pernah kenal erti puas.
“Buat para lelaki (tak kisahlah Ustaz ke tidak) Fitnah wanita ni memang terlalu hebat. JANGAN mula. JANGAN berani -berani tanya khabar and disguise it with something else. It’s not worth it. Not worth the heartache and emotional pain that your wife has to go through.
“Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedang hang happy melayan nafsu. Eloklah tu.
“Buat Encik Abu semoga Allah buka hati dan mata. Buat Hana Azra (yang kena sama nama dengan anak I ni kenapa grrrr?) benarkah anda boleh berbahagia di atas kesengsaraan wanita lain? It’s not worth it. Satu hari nanti anda akan menyesal.
“Oklah sorry komen banyak sangat pasal rumah tangga orang. Cuma saya sempat check siapa Abu ni dengan dua orang rakan yang kenal beliau sebelum post ni.
Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife! Sekian.
“Ustaz dan orang beragama gatal are truly disgusting… I can’t stand their jokes especially randomly dropping hints about marrying another on social media or in their ceramah… (tak class la Ustaz) not taking into account the feelings of their wives or women.
“Try educating men to value and respect women instead. Above all, they think they can get away with it because they are alim, because they are men and use whatever verses or Hadith to justify their bloody gatalness. Be a man. Respect your wife first and foremost.
#donedakwah ???? -Bukan PU, Dai’ atau Ustajah-Just a a Muslim woman, daughter, wife and mother,” maklumnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Wardina Safiyyah Official (@wardinasafiyyahofficial) on
Jadi, apa pula pendapat kalian?
Foto – Instagram Wardina Safiyyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Nak Tahu Baby Girl Or Boy,”- Saharul Ridzwan Tak Kisah Jantina Bayi, Asalkan Isteri Selamat Bersalin
Menanti detik kelahiran anak kedua tidak lama lagi, pelakon Saharul Ridzwan tidak kisah akan jantina bayinya itu.
Tambah pelakon drama Camelia itu, dia berharap agar proses bersalin isterinya, Qaabila Deena Emir dipermudahkan dan anaknya berada dalam keadaan sihat, selamat dan cukup sifat.
“Boy ke Girl? 3 bulan je lagi! Ramai betul yang tanya. Sebenarnya sy memang ckp dekat doctor, sy tak nak tahu baby girl atau boy sampai lah Deena selamat bersalin nanti.
“InShaaAllah, tak kisah pun boy atau girl. Semuanya rezeki, asalkan mummy dengan baby sihat selamat dan cukup sifat Allah kurniakan. Amin Ya Rabb.
“Korang rasa boy ke girl? Agak2 ikut muka siapa. Eheheh. Doakanlah kami. Amin Amin Amin,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Sementara itu, diruangan komen, rata-rata mulai meneka jantina kandungan dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan kelak.
Untuk rekod, Saharul berkahwin dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan Muhammad Luth Ali, 3 tahun.
View this post on InstagramA post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
View this post on InstagramA post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
View this post on InstagramA post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI