Pelakon Uqasha Senrose mengakui pada fasa sekarang, dia lebih berhati-hati apabila memilih teman hidup.
Baginya, dia lebih gemar mencari keserasian terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk ke suatu fasa yang lebih serius dengan mana-mana lelaki.
Malah, pelakon Hero Seorang Cinderella ini turut mengakui dia mahu bersama lelaki yang dicintai sepanjang hayat, bukan hanya sekadar momen di pertengahan jalan.
“Siapa yang mahu kahwin, lepas tu berpisahkan? Sama juga dengan saya. Keluarga saya juga pernah alami perkara sama.
“Jadi kalau boleh saya tidak mahu ia berlaku pada saya, tak mahu anak-anak yang bakal dilahirkan pun turut sama merasa. Saya pasti, semua orang pun tak mahu jadi hal sama,” kata Uqahsa apabila ditanya mengenai tahap kesukaran dirinya dalam mencari teman.
Diajukan persoalan mengenai bagaimana dirinya boleh rapat dengan seseorang lelaki untuk bergelar kekasih, Uqasha tidak menafikan ia sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
“Saya tidak boleh nak jelaskan bagaimana. Kadang-kadang bila berkawan pada akhirnya kita sedar dia hanya selesa untuk dijadikan sebagai kawan.
“Malah ada juga yang mulanya kita tidak suka, tetapi akhirnya boleh jadi rapat. Jadi saya sukar untuk menjelaskan mengenai situasi berekaan,” kongsinya kepada MH.
Uqasha bagaimanapun tidak serik untuk menjalinkan hubungan dengan rakan artis kerana baginya, jodoh tidak mengenal siapa.
“Tidak boleh nak kata serik. Kalau sudah jodoh, siapalah kita untuk elak,” jelas Uqasha yang turut meminati lelaki yang tinggi.
“Kalau kriteria saya suka lelaki yang tinggi, tetapi kurang tertarik pada lelaki sado (tertubuh terlalu sasa). Bukan tak suka, kiranya fizikal sebegitu bukan lelaki pilihan saya,” akhirinya.
Terdahulu, kakak kepada pelakon Nelydia Serose ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Ben Ali.
Bagaimanapun keduanya menjelaskan mereka hanya teman rapat sahaja.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI