Selepas hampir lapan bulan bergelar ibu, pelakon jelita, Uqasha Senrose mendedahkan dia gembira dengan kehidupannya ketika ini meskipun harus menyesuaikan diri dengan rutin-rutin baharu.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, segala penat lelah akan hilang begitu sahaja bila melihat anak membesar dalam keadaan yang baik.

Anak Jadi motivasi

Uqasha Senrose Gembira Syukur Lihat Anak Membesar Depan Mata, Hati Mudah Tersentuh Bila…

“Saya gembira dengan setiap momen bila bergelar ibu. Sejujurnya, ada ketika saya merindukan kehidupan dahulu di mana saya boleh tidur sesuka hati, menonton movie pada bila-bila masa dan tak perlu fikir tidur awal.

“Namun, pada masa sama, bila saya melihat sendiri anak semakin membesar, saya jadi tak sangka dan makin bersyukur dengan pemberian Allah ini.

“Perasaan itu susah untuk digambarkan tapi hati ini gembira. Bila habis kerja, saya ada motivasi untuk pulang ke rumah dan berjumpa dengan anak,” katanya kepada MH.

Uqasha berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa yang di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ads

Filem arahan Faizul A Rashid itu mengetengahkan isu ibu yang meroyan akibat musibah yang bertimpa-timpa.

Sementara itu tambah Uqasha, filem ini secara tidak langsung memberikan kesan yang mendalam terutamanya buat para ibu.

Uqasha Senrose Gembira Syukur Lihat Anak Membesar Depan Mata, Hati Mudah Tersentuh Bila…

“Saya ada terbaca berita mengenai ibu yang sanggup mencampak anak kerana tak tahan dengar anak menangis. Alhamdulillah saya tidak mengalami situasi seperti itu.

“Bila sudah bergelar ibu ini, saya tak boleh mendengar atau melihat kisah anak kecil yang didera. Saya jadi geram. Sampai hati mereka sanggup membaling anak kecil yang secomel itu.

Ads

“Hati saya ketika ini mudah tersentuh,” ujarnya lagi.

Kawal Emosi & Ingat Tuhan

Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Kamal Adli ini menyeru kepada para ibu untuk sentiasa menjaga emosi dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Uqasha Senrose Gembira Syukur Lihat Anak Membesar Depan Mata, Hati Mudah Tersentuh Bila…

“Sebagai ibu, kita kena bijak mengawal emosi dan perbanyak istigfar. Sebagai seorang yang beragama Islam, jika ada terdengar bisikan syaitan itu, ingat semula bahawa anak itu kita sendiri yang lahirkan.

“Tarik nafas panjang, ambil wudhu dan solat. Jangan terlalu ikutkan perasaan sampai boleh mencederakan anak atau mental kita sendiri,” katanya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Uqasha akui bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang sangat menyayangi anaknya dan rela membantu bila diperlukan.

“Alhamdulillah, saya ada Nelydia dan Raisya. Ketika ini, Raisya juga sudah punyai anak. Sebelum ini, mereka berdua akan datang ke rumah seawal pagi untuk menjaga Uqaira.

“Mereka minta saya untuk teruskan bekerja. Bila ada orang-orang yang sayangkan anak kita, saya rasa selamat dan tak menyusahkan orang. Mereka sendiri yang rela nak menjaga.

“Alhamdulillah saya dikurniakan adik-adik yang penyayang,” akhirinya.

Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 November 2021.

Pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Hawra Uqaira yang lahir pada 24 April 2024.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI