Uncategorized

Uqasha Senrose Naik 13kg Dalam Masa Sebulan

Share

Heboh di media sosial baru-baru ini memperkatakan tentang tubuh badan seorang pelakon wanita, Uqasha Senrose yang dilihat kini semakin berisi.

Menerusi akaun Instagram pelakon ini, dia telah menulis tidak kisah dengan apa yang netizen mahu katakan tentang tubuh badannya.

“Kata la nak kata apa pun GEMUK ke BURUK ke as long as I’m HAPPY ! GEMUK IS AWESOME,” tulisnya di ruang kapsyen.

Rata-rata netizen juga turut memberikan komen negatif tentang badannya yang sedikit berisi sekarang ini namun begitu ada juga yang memberikan kata-kata positif buat Uqasha dan suka melihat pelakon itu dengan bentuk badan sekarang.

Terbaru menurut satu sumber, Uqasha mengakui bahawa berat badannya telah bertambah sebanyak 13kg dalam masa satu bulan.

“Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.

 
“Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial.

 
“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.

 
“Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya.

Sudah menjadi lumrah, segelintir manusia memang suka untuk menilai fizikal orang lain.

Namun buat Uqasha, diharapkan dia bersabar dengan kata-kata kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

Sebagai seorang selebriti, sudah menjadi kebiasaan untuk diri mereka diperhatikan oleh orang ramai.

Sumber: Astro Gempak

Published by
Izzati Ramli