Hiburan

Uqasha Senrose ‘Tersentuh Hati’ Dengan Nasihat Ebit Lew, Hingga Menitis Air Mata Sebak?

Share

Pelakon jelita Uqasha Senrose, menzahirkan rasa sebak sebaik sahaja membaca hantaran Instagram yang dimuatnaik oleh usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menitipkan nasihat khusus buat para wanita.

Dalam hantarannya pada September lalu, Ustaz Ebit mengingatkan para suami untuk sentiasa mengangkat darjat seorang isteri dan tidak menzalimi mereka.

Ebit Lew Nasihat Para Suami Hargai & Angkat Martabat Isteri Dengan Membahagiakanya!

Menurut Ebit Lew lagi, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhitung sekiranya kita berusaha untuk membahagiakan pasangan.

“Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin. Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya.

“Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga. Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.

“Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menyeru kepada para suami untuk sentiasa menjadi pembimbing isteri menuju syurga Allah.

“Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari.

“Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah. Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini.

“Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.

“Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin,” kongsinya lagi.

Uqasha Sebak Hingga Menitiskan Air Mata Saat Membaca Dakwah Ringkas Itu

Hantaran tersebut nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah Uqasha sendiri.

Jelas isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu, dia sememangnya amat mengagumi keperibadian Ustaz Ebit lebih-lebih lagi dalam aspek menghargai wanita.

“Masyallah sungguh sweet how ustaz @ebitlew mengangkat kaum wanita. Tersentuh saya baca dan mengalir air mata sebak. Sama-sama kita jadikan panduan buat suami isteri,” tulisnya di laman Instagram.

Untuk rekod Uqasha dan Kamal telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 5 November 2021 di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose & Ustaz Ebit Lew

Published by
Haifa Nasir