Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa syukur dan teruja kerana bakal menunaikan umrah pada 23 Disember depan bersama suaminya Kamal Adli sebelum merancang untuk berbulan madu selepas itu.
Menurut Uqasha, tujuannya berangkat ke tanah suci Makkah buat kali ketiga adalah bagi merealisasikan hajat Kamal yang pertama kali mengerjakan ibadah tersebut.
“Pertama kali saya mengerjakan umrah sebelum menjalani penggambaran drama bersiri, Selepas Terlafaznya Akad bergandingan dengan Kamal. Cuma ketika itu, hubungan kami tak lebih sebagai rakan artis sahaja.
“Kemudian ketika kami berkampung di Melaka selama lima bulan, alhamdulillah drama tersebut meletop dan selepas itu saya sekali lagi ke tanah suci bersama keluarga.
“Pada masa itulah, kami sedang mengenali hati budi dan berdoa di depan Kaabah. Doa saya, sekiranya benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodohku, Kau panjangkanlah jodoh kami dan jika sebaliknya, Kau pisahkan kami cara baik.
“Alhamdulillah jodoh kami berterusan dan kerana itulah sebabnya saya berhajat untuk buat umrah sekali lagi demi memanjatkan kesyukuran atas doa jodoh yang dimakbulkanNya,” katanya.
Ads
Sementara itu, Kamal turut sama teruja dan tidak sabar untuk sama-sama ke tanah suci bersama isteri tersayang.
“Ini pengalaman pertama saya buat umrah dan kami akan membawa bersama iringan-iringan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Sudah semestinya saya tambah seronok sebab pergi tunai ibadah bersama-sama isteri. Doakan moga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Ditanya mengenai soal zuriat, pasangan ini mahu empat cahaya mata jika diizinkan.
Ads
Malah kakak kepada Nelydia Senrose tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata awal.
“Sejujurnya saya bersedia sekiranya ada rezeki hamil dalam masa terdekat. Hal macam ni, sebaiknya tidak perlulah dirancang.
“Kalau ada (rezeki anak), adalah. Kalau boleh menurut Kamal, dia gembira sekiranya kami mempunyai empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan,” katanya.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mengumumkan mengenai pernikahan mereka dalam satu sidang media yang De.Wan 1958, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Majlis dilangsungkan di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.
Pasangan selebriti popular ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Detik bersejarah penyatuan dua bintang ini juga bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Aqasha tampil memberikan pandangannya berhubung isu viral melibatkan seorang kanak-kanak yang didakwa menjadi kecaman netizen kerana memakai kasut jenama tiruan.
Menurut Aqasha, kanak-kanak tersebut langsung tidak melakukan kesilapan dan dia hanya menggargai kasut hasil pemberian ikhlas daripada ibunya.
“Apa punya ‘pekak’ la orang Malaysia kalau kasut tiruan pun nak dijadikan isu?
“Payudara tiruan, punggung tiruan, rahang tiruan, bibir, rambut, hidung, bulu mata, gigi… atas bawah berderet palsu,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan pelakon filem Embun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Malah jelasnya lagi, ada juga individu yang berangai ‘palsu’.
“Ada yang personaliti pun palsu dan tiruan, berdepah ada. Baik aje ramai yang sodok…
“Okay je. Kasut budak tiruan pula jadi bahan. Senteng betul,” luahnya lagi.
Terdahulu, kisah melibatkan kanak-kanak tersebut telah pun mendapat perhatian ramai pihak.
Pada pagi Insin, kanak-kanak tersebut telah menjadi tetamu undangan di program radio 3 Pagi Era yang dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin.
Malah, ketiga-tiga penyampai tersebut membuat kejutan dengan membawa kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik Arman itu ke pusat membeli belah dan menghadiahkannya kasut baharu.
Tindakan tersebut meraih pujian ramai dan turut menuai komen-komen positif.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aqasha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nora Ariffin mengakui memilih untuk sentiasa berfikiran positif meski sering menerima pelbagai ujian dalam kehidupan.
Jelas penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini menganggap setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Malah, Nora juga yakin dugaan yang berlaku dalam hidupnya banyak mengajar dirinya erti kehidupan yang sebenar.
“Setiap apa yg berlaku pada diri saya, saya pandang dgn penuh HIKMAH.
“Setiap kesenangan, kesusahan, kesedihan, ujian, suka duka….Itu semua adalah Rahmat dari Allah.
“Saya yakin kalau saya tidak diuji sebegini rupa, mustahil saya boleh memahami erti kehidupan yg sebenar dan menjadi seperti diri saya sekarang ini.Syukur Ya Allah.
“Saya juga yakin bahawa Allah menguji setiap manusia Itu sesuai dgn kemampuan dia.
Kerana Allah lebih mengetahui apa yg tidak kita ketahui.
“Maka sama2 lah kita sentiasa bersangka baik…husnudzan dengan segala ketentuan Allah. In Shaa Allah hati akan tenang,” tulisnya.
Imbas kembali, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Selepas itu, Nora kehilangan suami tercinta pada 24 Mac 2017 serta anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia pada 14 Disember 2019.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Farid Kamil mengakui hanya dia yang berani menyahut cabaran membawakan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pelakon lain menolak tawaran daripada produksi Indonesia untuk menjayakan filem mengenai tokoh politik itu.
Menurut Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari, 41, produksi Bianglala Entertainment memaklumkan dia adalah pilihan terakhir mereka kerana pelakon lain menyatakan mereka tidak berani berdepan risiko yang mungkin timbul kelak.
“Ya, ketika menerima tawaran berlakon, tiada pelakon, kru atau pengarah yang berani untuk hasilkan cerita pasal tokoh itu. Mungkin hanya yang terpilih saja akan membawa watak tersebut.
“Saya adalah pilihan terakhir produksi Indonesia itu. Mereka pernah buat tawaran watak itu kepada sekurang-kurangnnya tiga pelakon tempatan lain.
“Bagaimanapun, mereka menolak dengan alasan tidak berani. Namun, saya berani ambil risiko itu kerana jika takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan,” katanya kepada MH.
Farid ditemui ketika majlis gala tayangan filem terbaharu lakonan dan arahannya, Remp-It 2 yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Menjayakan watak tokoh pemimpin yang disegani itu, Farid berkata dia sudah pun bertemu Anwar sebanyak dua kali bagi mendekati dan meneliti pembawakan diri Anwar bagi disuntik untuk karakter yang dibawakannya itu.
“Pada awalnya, Penerbit Eksekutif filem yang juga kartunis Zunar tawarkan watak kontroversi kepada saya tetapi tanpa menyebut siapa nama tokoh berkenaan.
“Apabila saya bertanya untuk meminta keterangan lanjut pada pengarah Viva Westi mengenai watak itu baharulah saya tahu akan membawakan watak Anwar.
“Saya sudah bertemu dengan (Datuk Seri) Anwar sebanyak dua kali dan dia ada berpesan pada saya agar berhati-hati (dalam membawakan wataknya) kerana dia mempunyai ramai penyokong dalam kalangan orang India,” katanya lagi.
Selain Farid, filem berjudul Anwar ini turut dibintangi Acha Septriasa yang melakonkan watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Filem ini sedang peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland...