“Usah Rancang Perkahwinan Untuk Sambut Hari Jadi,” – Atikah Suhaime Sambut Bday Ke-28, Hari Ini

Share

Menyambut hari kelahiran ke-28 pada hari ini, ulas Atikah Suhaime, jangan sesekali merancang perkahwinan serentak dengan hari ulang tahun kelahiran.

Ia pasti hanya akan menambah duka setiap kali tiba waktu tersebut.

Walaupun menyambut dengan senyuman, namun netizen sebak melihat riak wajah pelakon ini.

“Lesson learnt, never decide to plan a wedding to celebrate your bday, for you will suffer each time your bday comes if smth like this happens.”

Pelakon berasal dari Singapura ini turut berkongsi kiriman kek hari lahir yang sepatutnya dijadikan kek sempena majlis perkahwinannya Ahad ini.

“Look! It’s salwahomarcakes! She was supposed to do a 4-tier wedding cake for me together with macaroon tower and cupcakes. But this is the prettiest bday cake I’ve ever received.”

Dalam entri terbaharu, episod sebuah drama bertajuk Di Puncak Rahmah turut diselitkan dengan memberi gambaran perasaannya ketika ini.

“How I’m feeling right now actually.”

MH doakan semoga Atikah tabah menghadapi ujian yang menimpa.

Foto – Instagram Atikah Suhaime

Published by
Noraini Abd Wahab