Pengacara, Finaz Yunus mengakui memang terdapat banyak perbezaan diantara pemilihan hos di kebanyakkan stesen tv pada zaman dahulu berbanding sekarang.

Menurut Finaz, personaliti televisyen pada zaman dahulu harus menjalani latihan pengacaraan selama berbulan-bulan, menguasai teknik lontaran vokal dan membuat kajian sebelum bersiaran secara langsung.

“Usah Terkejut Lawak Lucah Diarus Perdanakan…, – Hos Finaz Yunus Sifatkan Pengacara Masa Kini Hanya Bersandarkan Populariti? “Usah Terkejut Lawak Lucah Diarus Perdanakan…, – Hos Finaz Yunus Sifatkan Pengacara Masa Kini Hanya Bersandarkan Populariti?

Katanya lagi, pengacara terdahulu sememangnya amat mementingkan soal adab dan etika agar pertuturan mereka tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Finaz Yunus (@finazyunus)

“Pengacara dahulu VS Pengacara Sekarang. Dahulu latihan pengacaraan berbulan-bulan. Pelajari teknik lontaran vokal. Research sebelum live. Patuhi etika, adab bersiaran,” tulisnya.

Ads

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program popular, Analisis itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Usah Terkejut Lawak Lucah Diarus Perdanakan…, – Hos Finaz Yunus Sifatkan Pengacara Masa Kini Hanya Bersandarkan Populariti? “Usah Terkejut Lawak Lucah Diarus Perdanakan…, – Hos Finaz Yunus Sifatkan Pengacara Masa Kini Hanya Bersandarkan Populariti?

Finaz turut menambah, pengacara masa kini kebanyakkannya dipilih bersandarkan populariti semata-mata demi memenuhi tuntutan rating pihak stesen televisyen.

Malah, dia juga tidak berasa pelik seandainya ada segelintir pengacara yang dikritik gara-gara pertuturan yang tidak senonoh ketika mengacarakan sesebuah program atau pun acara.

Ads

“Sekarang, asal popular, asal kelakar
dan asal boleh.

“Maka usah terkejut melihat lawak lucah diarus perdanakan kerana Stesen TV sendiri memilih kualiti pengacaraan sedemikian atas dasar RATING TONTONAN,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti dapat diubah demi kebaikkan industri seni tanah air.

“Setuju. Dulu macam admire juga dengan pemberita atau pengacara tv sebab salah satunya kosa yang digunakan sangat sopan dan berilmu. But now macam ditelan dek zaman je.

Ads

“Antara sebab tu dah lama tak tengok siaran tv. Bosan dah takda input yang mendidik.

“Tangkap muat je semua sebab kelakar tapi tak semua. Ada segelintir yang berbakat,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Usah Terkejut Lawak Lucah Diarus Perdanakan…, – Hos Finaz Yunus Sifatkan Pengacara Masa Kini Hanya Bersandarkan Populariti? “Usah Terkejut Lawak Lucah Diarus Perdanakan…, – Hos Finaz Yunus Sifatkan Pengacara Masa Kini Hanya Bersandarkan Populariti?

Sekadar informasi, program Analisis yang dihoskan oleh Finaz merupakan sebuah rancangan bual bicara yang membincangkan mengenai permasalahan isu semasa yang berlaku di negara kita.

Sumber: Finaz Yunus

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI