Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Marshanda berkongsi tentang pencapaian dirinya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa setahun.
Menurut selebriti berusia 35 tahun itu, dia mencapai berat yang ideal dari 76kg kepada 56kg, dan berat badan terkini itu adalah berat ketika dirinya berusia 20 tahun.
“Baju lama yang sudah lebih 10 tahun sudah boleh dipakai lagi. Rasa wow,” ujarnya saat disoal oleh media tempatan
mengenai perubahan bentuk tubuhnya.Selain berjaya memakai kembali baju-baju lama. Marshanda juga berkongsi yang dia kini merasa lebih segar dan sihat serta tidak mudah berasa penat apabila melakukan sebarang aktiviti.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini walau bagaimanapun menegaskan yang dia bukanlah seorang yang takut gemuk. Sebaliknya, dia selesa seadanya.
Faktor utama penurunan berat badan yang dilakukannya adalah untuk memenuhi kehendak projek filem terbaharunya.
BACA JUGA: Dilaporkan Hilang Di Los Angeles, Adik Marshanda Perjelas Keadaan Sebenar Kakak
“Saya selesa sahaja berbadan gemuk, aku sejenis perempuan yang sebegitu. Jadi sebelum ini ada tawaran lakonan, mereka meminta aku untuk menurunkan berat badan sebanyak 15kg,” kongsinya.
Dia yang popular dengan siri Induk Gajah yang disiarkan di saluran penstriman Prime melakukan senaman olahraga selain menjaga pola pemakanan untuk menurunkan berat badan.
Sudah mencapai berat yang ideal, Marshanda menyatakan bawaha dia sudah tidak terlalu mengawal ketat pemakanan sebaliknya meneruskan aktiviti olahraga agar berat badan terjaga.
Sumber foto: Instagram Marshanda
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan