
Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dilaporkan telah sah bercerai talak satu bersama suaminya, Muhammad Masyhur Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut laporan Berita Harian, Masyhur mendedahkan perkahwinan mereka yang dibina sejak tiga tahun lalu sudah tiada lagi persefahaman lagi.
“Tiada persefahaman antara satu sama lain. Usaha untuk menyelamatkan perkahwinan dibuat tetapi tidak berhasil,” katanya.
Masyhur berkata demikian sebelum lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.
Lantaran itu, Saifullah mensabitkan penceraian dan memerintahkan defendan menjalani tempoh edah selama tiga bulan selain turut perlu mendaftarkan penceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Mereka menghadirkan diri ke mahkamah tanpa diwakili peguam dan mereka kelihatan tenang sepanjang prosiding berlansung.
Rara berkahwin dengan Masyhur yang bekerja sebagai pengurus pelaburan pada 24 September 2016 namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Selain bergelar ADUN Ketari, Young Syefura turut aktif di platform media sosial terutamanya di laman Twitter.
Sumber: Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Urusan Cerai Hafiz Suip Masih Dalam Proses, Berdoa Moga Anak-Anak Faham Situasi – “Lambat-Laun Mereka Akan Tahu…”

Meski berdepan ujian kemelut rumah tangga bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah, penyanyi Hafiz Suip tetap mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap persediaan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Februari depan.
Menurut Hafiz, urusan tersebut masih berjalan di mahkamah dan dia berlapang dada terhadap apa yang bakal berlaku.
“Kalau boleh, saya tak nak bercakap sangat soal peribadi, lebih-lebih lagi bila nak dekat dengan AJL39. Hal rumah tangga saya ini sudah diambil alih oleh pihak mahkamah.
“Kalau saya bahaskan sekali pun, saya takut ia akan mengganggu perjalanan proses tersebut. Ketika ini, kami hanya menantikan keputusan pihak mahkamah.
“Saya doakan yang terbaik untuk hubungan kami agar semuanya berjalan lancar, tiada persengketaan dan berpisah cara baik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Awan Nano itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Mega Live AJL39 di Petaling Jaya pada Sabtu.
Perlu Berterus Terang Dengan Anak-Anak
Pada masa sama, Hafiz akui perpisahan ini bakal memberikan kesan buat anak-anak namun, dia akan tetap berusaha untuk memastikan mereka faham dengan keadaan tersebut.
“Kata orang, bila kita berpisah, anak-anak akan tersiksa. Ya, saya tahu semua itu tapi saya juga perlu berani menerima ujian ini.
“Saya bagitahu mereka tentang perkara ini sebab lambat laun nanti mereka tetap akan tahu. Saya hanya berdoa kepada Allah agar anak saya faham dan diberikan kekuatan.
“Apa pun yang berlaku, saya nak anak-anak tahu yang saya masih lagi bapa mereka dan sayang mereka,” ujarnya.
Ditanya mengenai status terkininya, Hafiz mempunyai jawapannya tersendiri.
“Saya masih lagi berstatus suami orang cuma kami tidak tinggal sebumbung. Segalanya masih lagi dalam proses mahkamah,” katanya.
Meskipun berdepan situasi sukar, juara Akademi Fantasi musin ke-7 tetap melihatnya dari sudut positif.
“Ini adalah ujian yang perlu saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu ujian ini sangat berat tetapi saya belajar untuk bersyukur.
“Saya hanya mengharapkan doa daripada orang-orang yang menyokong dan sayang saya,” katanya.
Katanya lagi, dia kini banyak meluangkan masa bersama keluarga dan mengelak untuk hidup menyendiri.
“Caranya mudah iaitu cari orang yang sayang saya seperti ibu, ayah, keluarga dan sahabat-sahabat.
“Kalau orang itu sudah tidak sayangkan kita, kenapa nak terkejar-kejar dan memaksa. Kedua, jangan menyendiri. Perkara ini banyak bermain dengan hati, jiwa dan mental.
“Carilah support sistem yang sentiasa memberikan kita semangat. Dekatkanlah diri kita dengan Allah SWT.
“Kalau menyendiri, kita akan muda terima hasutan. Ia bukan hasutan orang luar tapi diri sendiri. Kita akan cakap perkara negatif terhadap diri sendiri. Itu yang saya tak nak,” akhirinya.
Terdahulu, Hafiz menerusi temu bual bersama Melodi mengakui dia dan isteri sudah tidak lagi sebumbung dan dalam proses untuk berpisah.
Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2016 dan Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Fikiran Positif, Positif Lah Jadinya…,” – Tauke Jambu Jawab Isu Pergolakan Rumah Tangga, Hari Ini Genap Setahun Jadi Suami

Baru-baru ini pelawak Tauke telah memuat naik beberapa status mengenai ‘asam garam’ kehidupan rumah tangga.
Lantas, perkara itu telah menimbulkan persoalan ramai pihak kononnya rumah tangga mereka kini mengalami pergolakan.
Bagaimanapun, Tauke telah membuka mulut mengenai isu tersebut pada sekeping foto di Instagrammya.
“Salam toq.. haritu wa ada up story mengenai 7 tanda2 isteri derhaka..kesannya berita tu jd viral.. rata2 sahabat pandang serong kat gua..padahal niat kita baik..atas dasar beri info yg berguna utk para isteri..begitulah cara kita berfikir.. kalau sesuatu itu pndg positif, maka positif lah jadinya.. kalau negatif, negatif lah pemikiran kita.. gua dh biasa dikeji,dimaki.. tp sentiasa gunakan kekuatan sebenar iaitu kesabaran..semoga tali ikatan setiap rumah tangga kita semua berkelalan.. selamat ulangtahun perkahwinan,” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by Toq Organization Officials (@taukejambu) on
Dalam pada itu, hari ini juga genap setahun perkahwinannya dengan isteri tercinta, Nadia Mohd Effendi.
Menjengah di Instagram Nadia pula, dia juga ada memuat naik gambar throwback perkahwinannnya itu.
Jadi, setiap apa posting seseorang itu, terpulang pada cara kita berfikir secara positif atau sebaliknya.
Apa-apa pun,happy anniversary buat Tauke dan Nadia!
Foto: IG Nadia/Tauke
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“‘Quotes’ Biasa Saja,” – Fazura

Aktres Nur Fazura, yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam untuk prosiding kedua tuntutan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin kira-kira jam 9.15 pagi tadi kekal diiringi lima pengawal peribadi.
Tampak tenang, Fazura, 41, yang hadir mengenakan persalinan dalam rona pastel mengulas mengenai hantarannya di Instagram Story yang dimuat naik pagi tadi.
“Tak ada (apa-apa maksud). ‘Quotes’ biasa saja,” katanya ringkas.
Ditanya mengenai apa yang diharapkan terhadap prosiding hari ini, Fazura berdoa agar semuanya dipermudahkan.
“Insya-Allah, semoga dipermudahkan. Alhamdulillah Fatima sihat,” katanya lagi.
Selain diiringi pengawal peribadi, Fazura turut ditemani peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan.
Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.
Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI