“Usaha Menyelamatkan Perkahwinan Di Buat Tapi…,” – 3 Tahun Berkahwin, Suami Young Syefura Lafaz Cerai Talak Satu

Share

Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dilaporkan telah sah bercerai talak satu bersama suaminya, Muhammad Masyhur Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut laporan Berita Harian, Masyhur mendedahkan perkahwinan mereka yang dibina sejak tiga tahun lalu sudah tiada lagi persefahaman lagi.

“Tiada persefahaman antara satu sama lain. Usaha untuk menyelamatkan perkahwinan dibuat tetapi tidak berhasil,” katanya.

Masyhur berkata demikian sebelum lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Lantaran itu, Saifullah mensabitkan penceraian dan memerintahkan defendan menjalani tempoh edah selama tiga bulan selain turut perlu mendaftarkan penceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.

Mereka menghadirkan diri ke mahkamah tanpa diwakili peguam dan mereka kelihatan tenang sepanjang prosiding berlansung.

Rara berkahwin dengan Masyhur yang bekerja sebagai pengurus pelaburan pada 24 September 2016 namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Selain bergelar ADUN Ketari, Young Syefura turut aktif di platform media sosial terutamanya di laman Twitter.

Sumber: Berita Harian

Published by
Aizam Manaf