Meskipun baru menyambut ulang tahun ketiga, Choco Albab sudah mula ditawarkan untuk menjadi penaja rancangan hiburan utama dan berprestij di negara ini.

Pengasasnya, Said Saiful Fazli Said Aluwi berkata, dia menerima beberapa lamaran dari stesen televisyen untuk menaja rancangan hiburan terkenal sejak tahun lalu lagi.

“Pastinya sesuatu yang membanggakan apabila stesen televisyen nampak jenama produk saya ada keupayaan dan kemampuan sebagai penaja mereka.

“Saya akui ada menerima panggilan malah ada yang sudah berjumpa dan menawarkan syarikat saya sebagai penaja utama untuk program hiburan mereka.

“Saya sambut baik namun pada saya semua hal itu perlu perancangan yang lebih rapi dan persediaan daripada pihak saya dan pasukan,” katanya.

Terdahulu jenama berkenaan baru saja menyambut ulang tahun yang Ke-3 bertemakan Beyond the Star di Bangi Avenue Convention Center.

Ads

Said Saiful menambah, jumlah tajaan bukan menjadi halangan atau masalah sebaliknya persediaan pasukannya dalam berdepan dengan impak sebaik menjadi penaja menjadi ukurannya.

Seperti nasihat mentor perniagaannya Datuk Zafrol Rizal Mat atau Jerry, syarikat perlu mempunyai persediaan rapi termasuk stok yang mencukupi bagi memenuhi permintaan selepas muncul sebagai penaja.

“Berdasarkan rekod saya yakin impak sangat hebat dan permintaan akan meningkat jadi saya perlu memikirkan faktor ini sebelum membuat keputusan untuk menaja,” katanya.

Usahawan Cerita Ada Produksi ‘Offer’ Taja Program Hiburan – “Ada Terima Panggilan, Malah Ada Yang Sudah Jumpa…” Usahawan Cerita Ada Produksi ‘Offer’ Taja Program Hiburan – “Ada Terima Panggilan, Malah Ada Yang Sudah Jumpa…” Usahawan Cerita Ada Produksi ‘Offer’ Taja Program Hiburan – “Ada Terima Panggilan, Malah Ada Yang Sudah Jumpa…” Usahawan Cerita Ada Produksi ‘Offer’ Taja Program Hiburan – “Ada Terima Panggilan, Malah Ada Yang Sudah Jumpa…”

Ads

Said Saiful juga menambah, dia masih percaya kemampuan selebriti sebagai tarikan utama dalam sesebuah produk yang diperkenalkan.

Katanya, ketika awal kemunculan mereka turut menggunakan khidmat selebriti iaitu Khai Bahar dan memberikan impak yang baik.

“Kita akui selebriti juga mampu menjadi tarikan untuk mempromosikan sesuatu produk dan kami juga pernah menggunakannya cuma kita juga turut menggunakan kaedah lain.

Ads

“Saya juga tidak menolak menggunakan khidmat selebriti pada masa depan mengikut kesesuaian produk yang akan dikeluarkan,” katanya.

Said Saiful yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd berkata, dalam masa tiga tahun, mereka sukses mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu membahagiakan sekitar 100 ribu agen dan melahirkan puluhan Crown Leader.

Tambahnya, ada usahawan yang berjaya meraih pendapatan mencecah RM90,000 sebulan hasil jualan produk terbabit.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun itu juga, turut dilancarkan ialah produk baharu, iaitu Choco Albab Hazelnut Spread yang dijangka menjadi pilihan kegemaran ramai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI