Seorang pembantu rumah berusia 34 tahun dipercayai telah membuat laporan satu polis terhadap majikannya kerana disyaki telah memukul anak angkat perempuannya.

Menerusi laporan tersebut yang kini menjadi tular di media sosial, pembantu rumah berkenaan mendakwa, kejadian berlaku selepas majikannya yang juga seorang usahawan kosmetik dikatakan mahu rakaman video angkatnya sedang menangis.

Selepas kejadian itu, pembantu rumah tersebut dipanggil untuk masuk ke bilik kasut bersama kanak-kanak tersebut.

Lalu, majikannya didakwa menyuruh pembantu rumah itu memukul anak angkatnya tetapi pembantu rumah tersebut enggan melakukannya, takut apa-apa terjadi.

Ads

Lapornya juga kerana tidak mahu melakukan apa yang diminta, majikan itu sendiri didakwa telah memukul anak angkatnya itu menggunakan kasut di bahagian badan selain turut mencubitnya hingga meninggalkan kesan.

Tambah pembantu rumah itu lagi, dia membuat laporan polis bagi melindungi diri kerana takut dituduh memukul anak angkat tersebut.

Ads

Usahawan Kosmetik Didakwa Pukul Anak Angkat, Pembantu Rumah Tampil Buat Laporan Polis

Sementara itu, menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ads

“Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

“Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Difahamkan kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kediaman usahawan tersebut pada 28 Februari lalu di Petaling Jaya dan pembantu rumahnya membuat laporan polis sehari kemudian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI