Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memberikan reaksi berhubung kes penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk awal pagi 1 Jun lalu.

Perkara tersebut dikongsikan bintang terkenal itu menerusi salah satu postingnya di IG Stories.

Difahamkan, Siti pernah melakukan riviu makanan yang diusahawan balu kepada Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed iaitu Zahlawati Zahlan, Ramadan lalu.

IKLAN

“Usahawan Makanan Yang Sempat Saya Buat Review…,” – Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, TokTi Luah Rasa Buat Balu Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed

“Turut bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarga @watiekitchen. Salah seorang usahawan makanan yang sempat saya buat review makanan semasa bulan Ramadan lalu.

IKLAN

“Mari sama-sama kira membantu,” tulis Siti yang mengajak peminat supaya membantu Zahlawati dengan memberikan sumbangan ikhlas.

Terdahulu, dalam kejadian pada jam 1.30 pagi itu, Mohamed Zaili dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.

IKLAN

Mangsa berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza/Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI