Usahawan dan penerbit filem, Datuk Haris Embong tidak pernah rasa kesal apabila menawarkan pekerjaan kepada penyanyi, Rafidah Ibrahim sebagai ketua pemasaran di syarikat miliknya, Arisprop Holdings Sdn Bhd ketika pasca pandemik Covid-19 tiga tahun lalu.
Haris berkata, dia mengenali Rafidah dalam satu pertemuan keusahawanan sekitar tahun 2021 dan pelakon itu menawarkan diri untuk bekerja di syarikatnya.
“Saya mengenalinya di sebuah majlis keusahawanan pada Mac 2021. Selepas menyapa saya, dia menyatakan hasrat untuk bekerja dengan saya.
“Kemudian saya maklumkan syarikat tidak mengambil pekerja susulan pandemic Covid-19. Bagaimanapun saya bersetuju untuk mengambilnya sebagai Ketua Pegawai Pemasaran pada Jun 2021, namun khidmat ditamatkan pada 26 Ogos 2021 atas persetujuan bersama,” katanya.
Haris berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di RE Kitchen, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah peguam korporat kumpulan syarikat berkenaan iaitu Datuk Mohd Hifdzi Hamzah dari Tetuan Hifdzi Kee Hanisah & Co; ahli Lembaga Pengarah Arisprop Holdings, Ismail Taib dan peguam yang menguruskan kes saman fitnah, Foo Hong Chuen mewakili Tetuan Izral Partnership.
Ads
Haris bagaimanapun menambah, apa yang berlaku tidak akan membuatkan dia serik untuk membantu orang lain.
“Kalau nak cakap kesal saya secara peribadi suka membantu orang. Pengalaman itu adalah satu pengajaran buat saya. Apa yang berlaku tidak akan membuatkan saya berhenti untuk membantu orang.
“Dalam syarikat sendiri pun, ada program khas untuk membantu usahawan dan golongan asnaf. Saya tak nak disebabkan perkara begini memberi kesan buruk kepada saya dan syarikat untuk menolong orang lain,” katanya lagi.
Terdahulu pada 31 Julai lalu, Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, memerintahkan pelakon Rafidah Ibrahim membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Haris dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd berhubung hantaran fitnah yang dibuat di akaun media sosialnya pada 2021.
Ads
Keputusan itu dibuat Hakim Dr Mohd Johan Lee @ John Lee Kien How selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Datuk Haris Embong, 47, selaku plaintif pertama manakala syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan sejuk beku sebagai plaintif kedua.
Fida juga dikenakan faedah lima peratus setahun bermula penghakiman sehingga selesai membuat pembayaran ganti rugi itu.
Tambah Haris, sebelum ini dia tiada masalah untuk menyelesaikan perkara itu secara baik, namun tiada maklum balas daripada selebriti itu.
“Daripada awal lagi saya tiada masalah untuk berbincang secara baik. Malah ketika dia memuat naik hantaran berunsur fitnah di media sosial sebelum ini, saya sudah cuba menghubungi berulang kali selain turut menghantar mesej kepadanya.
Ads
“Namun jawapan yang saya terima mengecewakan apabila dia meminta saya menunggu maklum balas daripada peguamnya.
“Kalau nak cakap fasal maaf, sebagai orang Islam kita memang disarankan untuk memaafkan orang lain.
“Malah saya juga tidak pernah meletakkan jumlah tuntutan bagi kes ini, sebaliknya denda yang dikenakan terhadapnya diputuskan oleh mahkamah,” katanya.
Untuk rekod, Fida pernah bekerja bersama Arisprop Holdings San Bhd sebagai ketua pemasaran syarikat berkenaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui, kurang 12 hari sahaja lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal diadakan bagi mencari kepimpinan baharu yang akan mentakbir negeri tersebut.
Terbaru, pelakon yang kini merangkap sebagai ahli politik, Datuk Dira Abu Zahar mengumumkan dirinya bakal bertanding di PRN Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang terletak di dalam perlimen Jasin.
Menurut Dira, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang ke-8, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya Khaidhirah binti Abu Zahar dengan rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai Calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, Calon No. 3.
“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini.
“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Chow Kit itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Dira turut berharap agar para penduduk Rim dapat memberikannya peluang untuk menabur bakti dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju.
Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua.
“Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم, saya memohon agar pengundi N.25 DUN Rim memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua. Saya calon No 03 anda pada 20/11/2021 ini,” ujarnya lagi.
Dira bakal berdepan dua calon lain iaitu B. Prasant Kumar mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Azalina Abdul Rahman yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Sebanyak 112 calon telah disahkan akan bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN.
Sekadar informasi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sumber: Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nurel Baharin bersyukur kerana dapat merialiasikan impian rakyat di negeri Sarawak yang mahu melihatnya merangkul gelaran Juara Dewi Remaja 2023.
Lebih manis apabila Nurel turut melakar sejarah apabila menjadi juara pertama daripada negeri yang terkenal dengan jolokan ‘Bumi Kenyalang’ itu.
“Pada mulanya, perasaan itu agak berat. Kalau saya tak dapat nak bergelar juara, orang-orang di Sarawak akan kecewa. Ramai yang mengharapkan saya.
“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat bergelar juara dan mambuatkan rakyat-rakyat di Sarawak berasa bangga,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nurel atau nama sebenarnya Nurelyana Baharin mendedahkan dirinya amat meminati bidang seni sejak di bangku sekolah rendah lagi.
“Saya berkecimpung di dalam dunia seni ini sejak berumur sembilan tahun. Saya merupakan seorang penari. Kemudian saya sertai kelab teater sehinggalah ke sekolah menengah.
“Kemudian, ibu minta saya fokus duduki SPM sekiranya mahu merantau ke semenanjung. Selepas dapat keputusan yang baik, saya melanjutkan pengajian dalam bidang teater,” katanya lagi.
Pada masa sama, Nurel turut menyifatkan program Hero Dewi Remaja 2023 telah memberikan keyakinan buat dirinya untuk melebarkan sayap di dalam industri seni.
“Sebelum ini, keyakinan saya agak kurang. Saya hanya berani pergi ke ujibakat iklan tv. Jika ke ujibakat drama, lakonan saya sering dapat kritikan.
“Namun, saya kembali temui keyakinan selepas menyertai Hero Dewi Remaja 2023. Banyak ilmu yang saya pelajari sehingga dinobatkan sebagai pelakon aksi wanita terbaik ketika tugasan lakonan di program ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nurel akui sudah bersedia untuk menggalas nama baik sebagai juara Dewi Remaja yang baharu.
“Saya memang sudah bersedia. Seperti mana anda melihat saya di kaca tv, atas pentas atau media sosial, begitu juga saya di dunia luar.
“Tiada beza pun ketika saya di hadapan atau di belakang kamera. Cuma ada beberapa hal yang perlu saya kawal seperti cara saya ketawa,” katanya.
Mengulas mengenai tanggapan segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai imejnya yang dikatakan agak seksi, ini reaksi yang diberikan Nurel;
“Apa yang anda lihat di akaun media sosial saya, begitulah pemakaian saya selama ini. Ada yang kata saya ini seperti ‘culture shock’ tapi sebenarnya tidak. Sama sahaja diri saya yang dahulu dan sekarang.
“Mungkin pemakaian saya ketika menjadi finalis Hero Dewi Remaja agak berbeza tapi tak lari jauh dengan diri saya.
“Jadi, sebelum nak persoalkan imej saya, lebih baik nilai dahulu cara-cara saya sebelum ini,” akhirnya.
Terdahulu, selain bergelar juara, Nurel juga telah dinobatkan selaku Dewi Favourite hasil undian daripada peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan pemergian penyanyi ikonik, Titiek Puspa, yang meninggal dunia pada hari Khamis, 10 April 2025, pada usia 87 tahun.Beliau menghembuskan...