Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan ucapan serta doa buat penyanyi, Ernie Zakri yang kini sedang sarat hamil cahaya mata pertama.
Siti atau lebih mesra dengan sapaan TokTi telah bertemu penyanyi lagu Boneka itu bersama suaminya, Syamel menerusi program MeleTOP, pada Selasa.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, Siti mendoakan agar Ernie diberikan kesihatan yang baik sehingga selamat bersalin kelak.
Malah turut berdoa semoga penyanyi Syamel akan menjadi seorang suami serta ayah yang terbaik.
“Saya doakan adik saya @erniezakri akan terus sihat sehingga selamat bersalin nanti dan juga buat @syamel_official, semoga menjadi suami dan ayah terbaik sebagai ketua keluarga.
“Usap perut Ernie, rasa macam baru saja saya mengandungkan Aafiyah dan Afwa. Jaga diri dik!!,” tulisnya.
Imbas kembali, Ernie bergelar isteri kepada Syamel dengan sekali lafaz pada 26 Mac yang lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terkenangkan Mama Kayuh Basikal, Bawa Kami Pergi Sekolah…,”- Fasha Sandha Imbas Memori Lama, Hargai Jasa Ibu
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik sekeping foto bersama ibunya, Hatijah Teh Man di akaun Instagram.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini ada berkongsi cerita tentang kisah pengalaman ibunya membesarkan anak- anak meski bergelar ibu tunggal waktu itu.
“Ibu saya, @mamasandha adalah ibu yang membesarkan kami adik beradik2 diatas penat lelah bekerja siang dan malam . I am so proud of her, walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah buat kami tinggal.
“Kehidupan kami tidak senang, kesana kemari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah, kami bahagia, walau TANPA kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa, mama berjaya membesarkan kami sehingga besar.
“Apabila terkenangkan mama, akan terkenangkan mama kayuh basikal, bawak kami ke sekolah, mama bergegas pergi balik kerja dan masak pagi2 sebelum keluar(walaupun selalunya hanya telur ayam dan ikan rebus untuk Puss (kucing kami) kenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum.
“Hari Sabtu jalan2 dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap,” imbasnya.
Pada masa sama, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang merasai kebahagiaan hidup bersama si ibu, meski hidup dalam serba kekurangan.
“Syukur Alhamdulillah kami selalu bersyukur, Sejak kecil, walaupun bukan hidup senang, Hari2 selalu pesan pada diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah. Walaupun memberi makan pada haiwan, itu juga sedekah.
“Syukur berkat kesyukuran, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan , keselesaan Dan kesempurnaan kerana kini saya juga seorang ibu kepada #iburayfalraysha dan anak dalam kandungan. Alhamdulillah,” kata Fasha.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini ada menitipkan ucapan selamat hari ibu buat ibu mertuanya juga.
“Selamat hari ibu buat mama ku, semoga mama diberikan kesihatan yang baik selalu dan semoga bahagia dunia akhirat.
“Ya, Hari2 adalah hari untuk ibu tetapi hari ini (10 Mei , AHAD) Adalah hari yang diraikan di seluruh dunia.
“Selamat hari ibu juga buat ibu mertua terbaik ku dan semua ibu yang ada didunia ini.
“Sesungguhnya Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas. Hargailah mereka selagi mereka masih ada,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Akan Spend Time Dengan Kamu & Abang Diwaktu Yang Tepat, Bukan Setiap Masa,” – Tya Arifin
Usahawan yang juga merupakan menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin akui sedikit terkilan apabila kerap kali terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya atas urusan kerja.
Bagaimanapun, Tya menyifatkan segala usaha kerasnya bersama suami ketika ini adalah demi kesenangan anak-anaknya juga di kemuadian hari.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu anak-anaknya itu menerima nasib yang sama sepertinya satu ketika dahulu.
“Andai kamu tahu, nak, Ibu siapa yang boleh tahan melihat anak menangis kan? Apa yang Ibu buat ni untuk kamu juga nak.
“Ibu akan spend time masa dengan kamu dan abang diwaktu yang tepat. Tapi, bukan setiap masa
“Ibu pernah susah waktu kecik dulu yang keluarga berhutang dan tak ada yang bantu. keluarga yang kita ingat boleh bantu tapi malah menjatuhkan lagi, lagilah orang lain,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelasnya lagi, dia juga kini mempunyai misi yang lebih besar iaitu untuk membantu para usahawan di luar sana mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.
Malah, Tya turut berharap agar anak-anaknya itu dapat mengikut jejak langkahnya satu hari nanti.
“Ternyata sekarang, purpose ibu lagi besar nak bantu mereka pula, ramai lagi orang yang alami hal sama dan mereka adalah usahawan-usahawan Mutyara.
“Sebaik baik manusia, jadilah manusia yang bermanfaat”. Selagi ibu hidup, ibu nak jadi orang yang bermanfaat dan ibu harap Arif Ara jika besar boleh pegang purpose yang sama
“I love anak-anak. Usahawanku, kalian boleh, kita boleh bersama samaa,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semog Tya dan keluarganya akan kekal bahagia sampai bila-bila.
“MasyaAllah hebat. Tahniah Tya & AK.
“Dengan semangat yang Tya ada akan membuatkan Tya tak akan berhenti untuk berjaya! Semoga Tya success selalu dan boleh memberi kebahgiaan kepada ibu bapa Tya!
“You have a beautiful soul boss tya! Semoga dipermudahkan.
“Berniaga perlukan pengorbanan, bukan senang nak jadi senang. Terima kasih Tya Selalu memberi manfaat kepada semua yang memerlukan.
“Good luck and keep inspire. Regard from Jakarta seemaangaat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Tya dan suaminya Asyraf Jiwa berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Arif Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa, 3.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tya Arifin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Teruskan, Saya Jadi Kambing Golek,” – Alyah Reda Gimik Api Dibatalkan Saat Akhir, Elak Risiko Pentas Terbakar
Penyanyi Datin Alyah menerima dengan hati yang terbuka apabila gimik api yang ingin dipersembahkan di program The Hardest Singing Show tidak dibenarkan pada saat akhir seterusnya merencatkan keseluruhan persembahan.
Menurut Alyah, keputusan tersebut terpaksa dibuat oleh pihak produksi bagi mengelakkan risiko pentas terbakar dan kecelakaan terhadap mereka yang terlibat dengan persembahan.
“Ada perasaan bercampur baur. Kecewa dan tidak kecewa. Kalau saya paksakan juga api itu, saya akan jadi kambing golek.
“Hati saya masih boleh menerima gimik tersebut tidak menjadi. Saya tidaklah terlalu ralat sampai nak marah-marah,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas tamat program The Hardest Singing Show malam tadi.
Pada masa sama, Alyah turut memaklumkan punca gimik tersebut terpaksa dibatalkan kerana salah seorang yang terlibat dengan persembahannya dikatakan telah terpijak minyak.
“Kejadian berlaku ketika kami beramai-ramai naik ke pentas dan salah seorang daripada kami telah terpijak minyak.
“Kalau api itu dihidupkan, potensi untuk pentas dan termasuk saya sekali terbakar memang agak teruk. Demi keselamatan, pihak produksi tidak hidupkan api.
“Saya tunggu juga bila api nak dihidupkan kemudian saya sedar yang api itu tiada. Jadi, saya teruskan juga. Saya faham kejadian tersebut,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, kejadian ini tidak mematahkan semangat Alyah untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan.
“Umur saya pun sudah mencecah 40-an. Untuk menjayakan persembahan seperti yang dimahukan program ini, ia satu perkara yang sangat mencabar juga.
“Lagipun, saya memakai hijab dan untuk bergerak aktif macam adik-adik saya, mungkin ada kesan yang perlu saya hadap.
“Saya akan cuba yang terbaik. Saya ada di dalam program ini kerana diberi peluang dan mungkin rezeki buat saya. Tak cuba, tak tahu,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dirinya tertekan untuk bersaing dengan peserta yang lebih muda, Alyah menyifatkan tekanan itu lebih terarah kepada diri sendiri.
“Tekanan itu lebih kepada diri sendiri. Saya sudah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lepas.
“Gastrik saya sudah hilang tapi perkara yang paling susah buat saya ketika ini adalah untuk mengawal vokal dan penafasan.
“Ruang simpanan angin dalam perut saya tidak seperti dahulu. Jadi, saya kena belajar semua dan saya baru tahu hal ini.
“Saya pun tak tahu yang saya dah hilang kekuatan itu. Saya tak boleh jadikan hal ini sebagai alasan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI