Kecoh awal malam tadi apabila isteri kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi dikatakan sudah pun berpisah dengan suaminya, baru-baru ini
Menurut Nadia seperti yang dipetik Astro Gempak, bintang itu menceraikannya menerusi kiriman rakaman suara di WhatsApp. Difahamkan ketika itu dia berada di kampung.
“Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baru. Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga,” katanya.
Pada masa sama, Nadia juga dikatakan sudah banyak bersabar dengan suami, melibatkan isu orang ketiga. Bagaimanapun Tauke pernah cuba untuk berbaik.
“Tauke mempunyai ramai kawan perempuan, jadi agak susah untuk saya menghidu kegiatan Tauke pada awalnya. Sejak akhir-akhir ini, Tauke mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari seberang.
“Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut. Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.
“Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-‘mention’-kan di Instagram milik Tauke.
“Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke,” ujarnya yang turut memberitahu mereka kemudiannya bergaduh dan perpisahan yang dipilih.
Pada masa sama, Nadia juga akan membawa kes ini ke pengadilan dalam masa terdekat.
Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan, berama Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.
Sumber: Astro Gempak / Foto: @sixucaphotography IG Tauke Jambu