Penyanyi, Nourul Depp yang kini sedang hamil 24 minggu ada berkongsi mengenai kepentingan nutrisi di kalangan ibu mengandung.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kerana Terluka itu berbuat demikian menerusi Instagram.
Katanya, mengambil makanan nutrisi amat penting jagi kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Malah dia sendiri tidak pernah meninggalkan pemakanan nutrisi sejak sembilan tahun lalu.
“Saya tidak pernah meninggalkan pemakanan nutrisi semenjak 9 tahun yang lalu. Baik pada bila-bila situasi pun. Ingat wanita paling banyak perlukan nutrisi seimbang kerana bayi yang dikandung akan menyerap lebih banyak nutrisi dari ibu.
“Sebab itu kena jaga sebelum, semasa dan selepas mengandung. Kalau tak, tu yang jadi sakit sana sini bila kita dah berumur,” tulisnya.
Pada masa sama, Nourul turut memberitahu akibat Kalsium yang tidak cukup, gigi juga akan mudah tercabut.
“Lebih teruk gigi jatuh kerana tak cukup kalsium untuk diri kita kerana diserap oleh bayi,” katanya sambil mengucapkan alhamdulillah atas kandungannya yang kini sudah mencapai usia 24 minggu,” kongsi Nourul.
Terdahulu, perkahwinan Nourul bersama Eric Daniel Depp pada Jun 2012 dan mereka diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Manakala bersama bekas suami, Ajai, mereka mempunyai anak perempuan yang sudah mencecah usia 20 tahun.
Foto: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI