
Pelakon Syatilla Melvin ada memuat naik sekeping foto yang merakamkan dirinya mengenakan persalinan kebaya labuh rona coklat tanah.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah, finalis Dewi Remaja 2010 ini tetap maintan menggayakan kebaya dalam saiz S!
“Walaupun pinggang tak berapa nak ada dah, hati tetap teringin nak pakai kebaya. Sian lahai…
“Kebaya ni saiz S okay, lillah,” tulisnya sambil memberitahu kebaya yang dipakainya itu adalah dari jenama Rumah Kebaya.
Lalu, rata-rata netizen kagum dengan kenyataan pelakon drama Selafaz Cinta ini, malah ada yang memberikan komen humor.
Dalam perkembangan lain, Tilla yang juga merupakan isteri kepada aktor, Shaheizy Sam kini sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses kehamilan anak kedua yang sudah mencecah
Foto: Instagram Syatilla Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab…

Pelakon, Jue Aziz memaklumkan ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas bacaan darah dilaporkan naik mendadak.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz di Instagram.
Menurut Jue, keadaan tersebut hampir menyebabkan salur darah di kepala ibunya pecah dan boleh membawa maut.
“Ya Allah, ni kali ke dua mak jadi macam ni. Pertama kali pada bulan Februari. Darah beku dekat kepala disebabkan darah tinggi almost bloated dan jantung bocor nasib sempat bawa mak pergi hospital time tu dah mild stroke.
“Tadi pun sama. Kebetulan ada appointment dengan doktor hari ni untuk follow up sakit mak. Tahu-tahu je mak punya tekanan tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala. Silap-silap mak pun bole ikut abah (Al-fatihah)
“Yang bahayanya kali ni mak tiada rasa pening-pening. So, tiada hint sakit takut nanti tak sedar tahu-tahu je,” tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon filem, Hantu Bonceng ini tetap menzahirkan rasa lega kerana ibunya itu sempat untuk berjumpa dengan doktor.
Lantaran itu, dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa agar ibunya itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa.
“Nasib masa ni abang memang nak bawak mak pergi check up if not mak sorang-sorang tak tahu apa jadi sebab tak ada tanda-tanda pening atau apapun. Ya Allah kau lindungilah dan berikan kesembuhan pada ibu kami Amin
“Kadang-kadang luaran nampak kuat, sihat dan happy tapi sebalik ni semua, hanya Allah Maha Mengetahui.
“Hargailah mereka yang menyanyangi dan berkorban untuk kita selagi masih berada disisi kita. Terima kasih mendoakan mak kami. Hanya Allah dapat membalas doa-doa kalian,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Jue dan ibunya.
“Ya Allah permudahkan segalanya semuga mak cepat sihat akak ada yea Jue. Be strong.
“Akak tingginya bp mak. Suruh dia banyak rehat dan makan ubat yang doktor bagi. Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
“Semoga mak sis sihat seperti sedia kala.
“Moga sentiasa dalam lindungan Allah.
“Saya dalam perjalanan ke Madinah. Insya Allah akan saya doakan buat ibu Jue sekiranya berkesempatan di Raudhah nanti. Semoga ibu Jue diberikan kesembuhan dan kesihatan seperti sediakala oleh Allah SWT,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Pada Februari lalu, ibu kepada Jue telah dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber& Kredit Foto: Instagram Jue Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Syawal Pertama Dah Separuh Hari, Ini Dia #OOTD Raya Artis Kita, Mana Paling Letop?

Syawal dirai dengan penuh kegembiraan dan pastinya, amalan saling memaafi sesama keluarga menjadi aktiviti wajib bagi umat Islam yang meraikan.
Pada masa sama, persalinan baju raya yang serba baru turut sama menjadi perhatian, lebih-lebih lagi di kalangan selebriti tempatan kita.
Okay, jom ‘usha’ ootd mereka di hari pertama Syawal. Agaknya mana satu yang paling korang suka? Apa pun, sambutlah Aidilfitiri secara sederhana ya!
View this post on InstagramA post shared by FT (@faizal_tahir) on
View this post on InstagramSelamat hari raya semua maaf zahir batin❤️
A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
View this post on InstagramTerima kasih Allah diatas Cinta ini ❤️
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Foto: Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seperti Cinta Pandang Pertama, Rasa Tenang Sangat..” – Asyalliee

Isi Kandungan
ToggleKagum dengan kesungguhan Asyalliee yang gigih pergi camping dengan anak-anak kecil! Pertama kali menikmati perkhemahan di samping keluarga tersayang, usaha ibu kepada tiga cahaya mata ini menjadikan ruang khemah lebih selesa dan indah nyata menarik perhatian ramai. Sekaligus menginspirasikan kaum ibu untuk bawa anak-anak beriadah!
Memilih tapak perkhemahan di Bukit Tinggi, Bentong, Asyalliee atau mesra disapa Asya yang dikenali sebagai antara influencer yang bijak mengatur hias ruang gigih membawa pelbagai perkakas memasak dan kelengkapan perabot demi mencipta suasana selesa buat seisi keluarga.
Camping Next Level!
Bukan saja lengkap dengan pinggan mangkuk dan cawan, segala sudip, periuk, cerek, kuali dan toaster pun ada. Dah macam dapur bergerak!
Patutlah followers puji usaha isteri Eboy Arbaain ini.
Kongsi Asya, “My first time camping. Bagi aku yang selalu sibuk dengan hal bisnes aku, sampai masa pun tak ada dengan anak-anak. Dan masa dengan suami pun tak ada walau pun hari-hari bersama, bercamping ni aku dapat masa bersama keluarga aku.
Aku hanya fokus kepada keluarga aku, kerjasama, komunikasi dan tolong-menolong dapat mengeratkan kami lagi dan menambahkan lagi kasih sayang dalam keluarga aku. Tak sabar next camping!”
Asyalliee Syukur Dapat ‘Quality Time’ Dengan Keluarga
Asya yang juga pengasas Loveliee dan Asyalliee Group ini bersyukur dapat mengisi masa berkualiti dengan suami serta anak-anak sepanjang perkhemahan tersebut.
“Allah jentikkan ke dalam hati suamiku untuk mengajak aku bercamping. Pada permulaannya, aku macam teragak tapi entah tiba-tiba hati aku macam teringin juga, macam Allah juga menjentik hatiku untuk mengizinkan suamiku bercamping.
Setelah kali pertama aku camping, aku terus jatuh cinta. Sepertinya cinta pandang pertama, aku rasa tenang sangat. Ibarat bila aku camping, aku masuk ke dunia lain.
Duit boleh dicari, tapi kenangan begini tidak akan dapat di mana mana.”
Asya atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba berusia 27 tahun berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Asyalliee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI