Perkongsian santai di pagi Ahad, Fauziah Nawi menjelaskan, terdapat ramai golongan yang gemar melakukan refleksologi dengan memijak batu kerikil.
Menegaskan bahawa tindakan itu hanya merosakkan saraf, ulasnya, tapak kaki hanya boleh menanggung beban seberat lima kilogram sahaja.
“Usia sudah 50 thn dan ke atas, usah berjoging, berlari, apalagi melompat dan berbasikal.
“Jangan sampai aktiviti anda merosakkan sendi lutut, akibat masih tetap joging, berlari, main tennis, badminton, bola tampar, & aktiviti fizikal lain yang membebani sendi lutut.
“*Itu yang saya maksudkan dengan pengetahuan sihat itu murah. Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia 50 & ke atas ini ialah tidak memijak batu kerikil tanpa alas kaki sehingga pernafasan tapak kaki menderita radang akibat tertekan kerasnya kerikil yg sangat keras selama memikul beban tubuh.
“Alasan bahawa itu sebagai refleksologi memang tidak boleh diterima akal yg sihat. Refleksologi? Tekanan yg diterima tapak kaki hanya dilakukan oleh ibu jari tangan saja yg tekanannya ibu paling kuat hanya sekitar 5 kg.
“Namun apabila berdiri di atas kerikil, tekanannya adalah seberat beban tubuh kerana tidak ada yang memberitahu dan hanya kerana mendengar kata-kata orang, bahawa memijak batu kerikil tanpa alas kaki amat menyihatkan.
“Maka yg mahu menjadi sihat telah menjadi korban kerosakan saraf tapak kaki. Kesan buruk memijjak batu kerikil itu boleh mengakibatkan terjadinya fascitis/plantaris.
“Murahnya pengetahuan yang memberi informasi tidak memijak kerikil tanpa alas itu menjadi mahal kalau kita tidak tahu. Salam sihat.”
Pelakon hebat ini turut menulis perkongsian rohani bagai menjalani hidup dengan lebih bahagia.
“Dr HANDRAWAN NADESUL. YOGA-nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT.
“MEDITASI-nya orang Islam itu duduk tenang sambil berZIKIR.
“SELF HEALING-nya orang Islam itu melakukan MUHASSABAH.
“DETOX-nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA.
“PEMBERSIHANnya orang Islam boleh dengan SEDEKAH.
“VITAMIN-nya orang Islam adalah sikap MUDAH MEMAAFKAN.
“UBAT AWET MUDA-nya orang Islam: TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu.
“NUTRISI TERBAIK-nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznuzon).
“PEMBERSIH HATInya orang Islam dengan menahan GHIBAH (mengumpat).
“PENYUCI JIWAnya orang Islam adalah : Menjauhi sifat IRI HATI & DENGKI.
“PENGAWET PAHALA-nya orang Islam: Tidak RIAK.
“PENCEGAH HURU HARA-nya orang Islam : Menghindari PERDEBATAN. PENGUKUR RENDAH.”
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.
Foto – Instagram Fauziah Nawi