“Ustaz Ada Beritahu Benda Ni Memang Ada Dalam Rumah Tangga Saya, Tapi…” – Nonny Nadirah Berpisah Akibat Sihir Pemisah?

Share

Sebelum ini, penyanyi Nonny Nadirah telah memaklumkan penceraian dia bersama suaminya, Mohamed Mustain Mohamed Adnan.

Baru-baru ini, MH telah bertemu dengan Nonny atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin untuk bertanyakan keadaannya selepas melalui fasa penceraian.

“Saya pun di dalam fasa tengah menguatkan emosi saya, fizikal dan mental saya. Orang nampak saya kuat tapi sebenarnya saya pun manusia biasa dan saya juga seorang perempuan yang hatinya rapuh.”

“Orang pun tahu saya..sebelum ini dengan bekas pasangan saya begitu lama, dekat 9 tahun akan tetapi jodoh kita orang tidaklah begitu panjang…”

“Tapi apa yang saya percaya ini adalah antara sebab untuk saya berbalik kepada Allah.. “luah Nonny kepada MH.

Dalam pada itu, penyanyi yang berusia 29 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia masih lagi menyayangi bekas suaminya itu.

“Kalau nak cakap sayang, memang sayang. Airmata pun dah tak boleh nak keluar dah. Saya rehda..”

“Saya rasa sedih, memang teramat sedih saya tak boleh nak mengambarkan macam mana perasaan saya.”

“Akan tetapi dalam kesedihan saya itu ada kegembiraan. Saya merasakan memori itu akan tetap menjadi memori.Kita boleh simpan.. kalau benda yang baik tu saya rasa tidak ada masalah untuk kita simpan…”

“Cuma yang lagi rasa sedih lebih sikit tu tak sangka lah jodoh tak begitu panjang.. dan saya hanya berserah buat masa ini.”kata Nonny.

Di samping itu, MH sempat bertanyakan kepada Nonny mengenai penceraian rumahtangganya, Nonny menjelaskan salah satu punca penceraian itu berlaku akibat buatan sihir.

“Memang benda tu wujud, kita tahu benda sihir dan ghaib ni memang wujud. Saya percaya sihir yang paling jahat adalah sihir pemisah dalam rumahtangga.”

“Ya, saya percaya memang ustaz pun ada bagi tahu benda ni memang ada dalam rumahtangga saya.”

“Akan tetapi saya tak nak salahkan ataupun saya tak nak percaya 100% sebab tu saya perbaiki diri saya…”

“Saya minta dengan Allah, kalau betul ada yang dengki ataupun yang memang ada berbuat jahat ke atas perhubungan kami berdua, tolong tunjukan jalan keluar.”kongsi Nonny.

Akhir kata dari penyanyi kelahiran bintang Akademi Fantasi musim kelima itu turut berkata dia sentiasa mendoakan yang baik buat bekas suaminya itu meski sudahpun berpisah pada Oktober tahun lalu.

“Saya akan tetap mendoakan dia mendapat kehidupan yang lebih baik dan mendapat pasangan yang lebih baik daripada saya yang boleh jaga dia sampai bila-bila sebab saya memang tak pernah sayang orang yang macam mana saya sayang dia.”katanya.

 

Published by
Nazar Rafiqhi