Penyanyi, Imran Ajmain memberikan pendapat berhubung susulan respon yang diberikan pihak sebuah institusi pengajian tinggi terhadap kaedah bantuan yang cuba dihulurkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk membawa pulang pelajar yang terkandas.
Difahamkan, Ustaz Ebit Lew diminta untuk membuat permohonan maaf gara-gara kaedah bantuannya berikutan situasi semasa yang berlaku ketika ini.
Menurut Imran, sekiranya anda tidak boleh memberi solusi untuk sesuatu masalah, jangan pula ditambah dengan masalah lain.
”Tindakkan Ustaz itu cepat, tepat dan tulus. Dia bertindak untuk bantu pelajar, bukan pihak universiti.
“Universiti boleh anggap pelajar tu semua kongsi duit balik sendiri. Tak perlu nak salahkan ustaz tu apa-apa.
“Jika anda tidak boleh jadi sebahagian daripada individu yang mencari solusi, jangan pula ditambah dengan masalah lain,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Seribu Tahun itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Imran itu.
Dalam perkembangan lain, Ustaz Ebit Lew kini dikatakan menangguhkan hajatnya untuk membawa pulang pelajar yang terkandas di institusi pengajian terbabit sehingga pengumuman baru diumum kelak.