Setelah tiga tahun menubuhkan pusat latihan vokal yang dikenali sebagai Suara Academy, bintang kelahiran Filipina, Mark Adam akhirnya membuktikan dia berjaya menggilap bintang agar mempunyai kualiti vokal yang baik.

Antara selebriti yang pernah menyertai sesi latihan vokal bersama Suara Academy seperti Fattah Amin, Aiman Tino, Janna Nick, Alvin Chong dan ramai lagi. 

Malah, Mark yang popular menerusi lagu Pencuri ini turut merakam rasa syukur kerana bukan sahaja para selebriti yang menyertai kelas vokal, malah kerabat diraja dan ustaz VIP juga pernah amil servis sama. 

Di Suara Academy ini, bukan sahaja penyanyi yang sudah ada nama datang sini untuk mengasah vokal mereka, malah ada juga kerabat diraja dan bilal istana yang pernah datang untuk mendalami dan memperbaiki vokal mereka untuk melaungkan azan atau takbir raya. 

Malah, ustaz tersebut ada juga mengajar saya mengenai ilmu agama, saya pula ajar dia vokal.

IKLAN

“Jadi, kami sama-sama belajar dan sudah seperti keluarga disini. 

“Kami bukan sahaja fokus pada vokal dan nyanyian, tetapi kami juga ke arah bermain alat muzik seperti ukulele, piano, gitar dan dram,” katanya.

“Ustaz Mengajar Mengenai Ilmu Agama, Saya Pula Ajar Dia Vokal,” – 3 Tahun Buka Akademi Menyanyi, Mark Adam Cerita Pengalaman

IKLAN

Mark ditemui MH ketika sidang media majlis ulang tahun ketiga Suara Academy di Neo Damansara, pada Selasa.

Dalam pada itu, penubuhan Suara Academy ini tidak hanya memberi fokus pada muzik, malah ia turut diselitkan dengan pendedahan psikologi agar pelajar lebih berkeyakinan untuk tampil di depan khalayak ramai.

IKLAN

Selain fokus pada muzik, tenaga pengajar disini juga memberi penekanan dari segi psikologi agar pelajar mempunyai semangat dan berkeyakinan tinggi ketika membuat persembahan di depan orang ramai.

Malah, kita juga mengajar mereka cara berkomunikasi dengan betul dan teknik meningkatkan keyakinan diri,” jelas Mark yang kini sibuk menjalankan pengambaran teater Korupsi Dewan Semandung. 

Terdahulu, Suara Academy ditubuhkan pada Januari 2017 dan melahirkan ratusan pelajar yang berjaya dalam bidang muzik. 

Menawarkan kelas vokal untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun hingga orang warga emas berusia 75 tahun, yuran yang dikenakan hanya RM350 untuk sebulan.
“Ustaz Mengajar Mengenai Ilmu Agama, Saya Pula Ajar Dia Vokal,” – 3 Tahun Buka Akademi Menyanyi, Mark Adam Cerita Pengalaman “Ustaz Mengajar Mengenai Ilmu Agama, Saya Pula Ajar Dia Vokal,” – 3 Tahun Buka Akademi Menyanyi, Mark Adam Cerita Pengalaman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI