“Ust (Ustaz) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebab dan merakam video sebagai bukti.
“Saya tergamam tidak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” katanya sambil disusuli emoji tangan yang sedang berdoa.
Terdahulu Nora membuat kejutan apabila berkongsi video diceraikan Rushdi di Instagram
Tanpa menjelaskan butiran lanjut susulan situasi sebenar, Nora sebaliknya hanya meluahkan rasa syukur atas apa yang berlaku.
Alhamdulillahh. Selesai. Allah saja yg tahu,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkaitan.
Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga Nora dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya (UM) goyah bertebaran sejak tahun lalu. Namun, penyanyi itu menyangkalnya.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi pada 2021 dan dia tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, tetapi dilapor memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.
Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff, 20.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini