Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun memuji sikap pelakon, Janna Nick yang menerima teguran dengan hati terbuka susulan babak yang tidak bersesuaian di hadapan Makam Rasulullah dan Tanah Haram di dalam drama Surat Dari Tuhan.
Menurut Ustazah Asma’, dia telah menerima mesej pribadi daripada Janna yang mengakui khilafnya itu.
“Hari itu, kita ada buat teguran berkaitan satu skrip drama di Tanah Suci yang menyebutkan tentang makam Nabi dan Tanah Haram. Alhamdulillah mesej tersebut telah sampai ke pihak sepatutnya.
“Saya juga mendapat direct message (DM) di Instagram daripada saudari Janna Nick. Beliau menuliskan mesej dengan sangat baik, bagus dan berhemah.
“Di situlah saya merasakan betapa hebatnya Janna Nick. Walaupun berada dalam situasi tertekan, dia masih boleh menulis dan menyusun kata-kata yang sangat baik kepada saya,” katanya.
Ustazah Asma’ berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah video di saluran Youtube miliknya pada Jumaat.
Ads
Katanya lagi, Janna juga memandang teguran tersebut daripada sudut positif.
“Kami mula berbalas-balas DM. Janna memaklumkan dirinya memang mengikuti perkembangan saya. Dia juga sedih dengan situasi yang berlaku dan dia turut mendoakan saya.
“Dia akui dirinya hamba, pendoasa dan insan yang lemah. Dia masih cuba perbaiki diri,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Ustazah Asma’ turut memuji reaksi pantas pihak stesen televisyen, TV3 yang memutuskan untuk memotong terus babak tersebut selepas mengundang rasa kurang sedang pelbagai pihak.
Ads
“Selepas kita membuat teguran tersebut secara langsung Alhamdulillah, pihak TV3 pun mengambil maklum. Mereka bagitahu yang mereka sudah potong babak tersebut.
“Sebenarnya teguran tersebut dibuat ketika episod tersebut hampir ditayangkan. Bila kita buat teguran, mereka cepat ambil tindakan,” ujar lagi.
Pada masa sama, Ustazah Asma’ turut mengakui kesalahan tersebut tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja tetapi pihak di belakang tabir juga harus bertanggungjawab.
Katanya lagi, ada kalanya para pelakon terikat dengan kontrak dan terpaksa mengikut kehendak pengarah.
Ads
“Puan Janna merupakan seorang pelakon. Kita semua ada buat silap dan dosa. Kita tak pernah mengakui diri kita lebih baik daripada sesiapa. Sama ada saya lebih baik daripada Janna atau sebaliknya.
“Sekali kita rasa diri kita lebih baik, itulah permulaan keburukkan diri kita. Kita menegur bukan atas dasar rasa diri lebih baik atau dijamin syurga tapi atas dasar tanggungjawab agama untuk dijaga.
“Kita ada tanggungjawab untuk menjaga kesucian makam Nabi dan tanah suci,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di platform media sosial, Ustazah Asma’ telah menegur salah satu babak di dalam drama baharu terbitan stesen televisyen swasta.
Teguran tersebut difahamkan merujuk kepada babak yang dilakonkan oleh Janna dan pelakon, Sheila Mambo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Diana Danielle berkongsi foto wajahnya menjadi tua, menggunakan aplikasi FaceApp lalu dikongsikan di Instagram miliknya buat tatapan umum.
Meski fotonya disunting kelihatan tua, namun rata-rata peminat masih memuji raut wajah berusia isteri Farid Kamil itu yang disifatkan masih cantik menawan.
“Morning! Jangan marah-marah nanti cepat tua”, tulis Diana menerusi ruangan kapsyen.
Usahawan kosmetik, Joy Revfa ada berkongsi rutin terkini anaknya, Arryan Firdaus menerusi Instagram.
Kongsinya, anaknya yang kini berusia lima tahin itu kini sedang giat menghafal ayat-ayat suci al-Quran setiap kali pulang dari sekolah.
“Setiap hari sebelum pegi school, arryan akan peluk & cium 2 bidadari hidup arryan iaitu Ibu & Tok.
“Arryan sibuk hafal surah al quran skrg.. setiap kali balik school, mulut dia yg comel tu akan menghafal sambil main lego.. Sejuk hati ibu bila dengar,” tulisnya.
Arryan merupakan anak kepada Joy menerusi perkahwinan terdahulu sebelum mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.
Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.
Foto: Instagram Joy Revfa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Rizwana, 27, mendedahkan hubungannya bersama Zizan Razak, 39, tidak lebih dari sekadar kawan selain menyifatkan personaliti itu sebagai seorang abang.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan menjawab persoalan tersebut selepas timbul desas-desus mereka kini sedang menjalin hubungan akrab.
“Saya dan Zizan sudah lama berkawan, dari saya baharu masuk industri lagi. Namun saya tak nafikan, sememangnya Zizan kuat mengusik, suka mengacau dengan berkongsi gambar kami.
“Tapi kami tiada apa pun, saya pun anggap dia macam abang. Dia pun kiranya ialah senior saya dalam industri. Saya juga pernah menemubual dia beberapa kali sebelum ini.
“Malah, mungkin ramai buat telahan susulan sama-sama terbabit dalam telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri arahan Micheal Ang,” katanya.
Menerusi naskhah terbabit, mereka mendukung watak sebagai suami isteri.
“Cerita romantik komedi itu pun sangat menarik dan saya gembira dapat bekerja dengan Zizan.
“Jadi ini dikira lakonan pertama saya kerana sebelum ini saya tak pernah berlakon pun. Sebelum ini saya hanya bertugas sebagai pembaca berita dan mengacara sahaja.
“Tapi selepas sekarang mengacara program hiburan, MeleTOP, saya perlahan-lahan memasuki dunia hiburan, jadi lakonan adalah benda baharu bagi saya,” katanya lagi.
Hawa menambah, dia juga tidak kisah dengan usikan netizen, cuma komitmennya kini hanya kepada kerjaya.
“Bagi saya, usikan itu biasa sebab mungkin apabila melihat kami berdua, orang mengusik. Saya pun hanya anggap dia macam abang saya, jadi saya tiada apa pun dengan usikan itu.
“Keluarga saya pun tahu saya macam mana, jadi mereka tiada cakap apa-apa.
“Lagipun sekarang ini berkahwin bukan keutamaan saya, memandangkan saya banyak buat benda baharu sekarang ini.
“Jadi saya lebih fokus untuk memperbaiki diri saya supaya menjadi pelakon dan pengacara yang lebih baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Big Stage musim keenam yang memperkenalkan format baharu menerusi Big Stage Alpha, bakal membuka tirainya bermula Ahad ini.Menampilkan 18 peserta, edisi kali ini tampil...