Pendakwah, Ustazah Asma Harun mendoakan Fathia Latiff terus istiqamah, terus kuat dan tabah seterusnya menjadi wanita solelah.

Harapan tersebut diberikan ustazah berkenaan selepas mendapatipelakon dan penyanyi tersebut turut hadir ke ceramahnya, baru-baru ini.

“SubhanAllah, @fatiyalatiff ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok..maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya”

“Sejam lebih fathiya dan kawan²nya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah.

“Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak² atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah. Rasa nak peluk² je”, tak semena² kami sama² mengalirkan air mata.

“Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh…”

IKLAN

“Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik², kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya..”

Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik,” tulisnya.

Asma pada masa sama turut mengalu-alukan kehadiran rakan selebriti demi merapatkan ukhwah.

“SubhanAllah, saya sangat mengalu²kan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim.

“Jemputlah datang ke galeri kami di senawang, N9, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi² kita nak tolong menolong di Akhirat sana.

“Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke, subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang² masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

"SubhanAllah, @fatiyalatiff ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok..maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya" Sejam lebih fathiya dan kawan²nya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah. "Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak² atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah.. Rasa nak peluk² je", tak semena² kami sama² mengalirkan air mata. "Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh..🤲" "Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik², kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya.." Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik. SubhanAllah, saya sangat mengalu²kan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim 😆. Jemputlah datang ke galeri kami di senawang, N9, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi² kita nak tolong menolong di Akhirat sana. Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke 🙈, subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang² masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah ❤️🌹😀 Asma' Harun #UAHSahabatDuniaAkhirat

A post shared by Ustazah Asma' Harun (@ustazahasmaharun) on

Sementara itu, Fathia turut memuat naik beberapa foto terkait di laman Instagram miiknya.

View this post on Instagram

sayang ustazah.

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

View this post on Instagram

kematian yang indah. @ustazahasmaharun

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on