
Sepupu selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Mohamed Faisal Noor Amran menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi.
Berita mendukacitakan itu dimaklumkan ibu kepada seorang cahaya mata ini menerusi status yang dikongsikan di Insta Story.
“Mohon sedekahkan al fatihah buat sepupu saya, Noor Mohamed Faisal bin Noor Amran, 25.02.1985 – 20.04.2022.
“Ya allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia,” tulis Neelofa.
Sebelum itu, para peminat terlebih dulu menitipkan doa serta ucapan takziah ketika ahli perniagaan berkenaan sedang membuat sesi ‘IG Live’ bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Muda menerusi akaun Naelofar.
“Ustazah sekejap ya. Saya tengok ramai yang komen ‘takziah’. Saya rasa… Sebab sepupu saya ditidurkan dua hari lepas.
“Sebab itu tadi semasa kita ‘live’ banyak panggilan masuk. Saya tak pasti sama ada…,” katanya sambil memohon kemaafan atas berita yang diterimanya.
Sebelum menutup sesi tersebut, Ustazah Norhafizah dalam tenang turut membacakan surah al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Kecil Yang Tak Tahu Apa-Apa, Belum Fasih Bercakap Lagi,” – Amyra Rosli ‘Update’ Oksigen Aryssa Kini Stabil, Syukur Alhamdulillah

Pelakon Amyra Rosli memaklumkan tahap Oksigen anak keduanya, Ayra Aryssa kini kembali stabil selepas bacaannya menurun petang tadi.
Kanak-kanak berusia 2 tahun itu kini dirawat dihospital selepas mengalami demam selain diserang ‘penyakit Kawasaki’ beberapa hari lalu.
Menerusi Insta Stories, isteri kepada pelakon Amar Baharin itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat permata hatinya itu.
“Terima kasih pada semua yang tak henti-henti doakan Aryssa. Tahap Oksigennya masih lagi dipantau tapi alhamdulillah sudah sudah stabil.
“Banyak sangat ubat-ubat sudah masuk dalam badan dia selama empat hari. Saya sendiri tidak sanggup nak tengok dia telan ubat, tiap hari jalani ujian darah, nak buang air pun kena pam ubat.
“Tapi nak buat macam mana, inilah ujian yang saya perlu lalui. Anak kecil yang tak tahu apa-apa, belum fasih bercakap lagi kena lalui jangkitan Kawasaki yang sangat teruk.
“Tapi saya percaya Allah SWT akan berikan kesembuhan pada dia dab terima kasih sekali lagi pada kalian yang tidak henti-henti mendoakan. Ada yang berkongsi dengan saya cara ikhtiar. Aryssa stabil cuma masih belum sihat sepenuhnya,” katanya.
Terdahulu menerusi status terdahulu, Amyra menjelaskan dia yang sedang berada di lokasi terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan mengenai tahap oksigen dalam badan Aryssa.
“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya.
Terdahulu menerusi Harian Metro, Amar memberitahu, sebelum simptom penyakit berkenaan mulai menyerang ke seluruh tubuh badan termasuk muka, Aryssa mengalami demam panas.
“Pada Selasa, adik (Ayra) demam panas dan terus bawa ke hospital. Hingga semalam pun suhu badan masih panas. Kesan jangkitan mulai naik di badan pada Rabu.
“Sekarang sudah satu badan sampai muka. Kami dapat rasa dia sedang menahan kesakitan. Dia tak nangis, tapi nampak dia tak selesa dan serba tak kena,” katanya.
Tambah Amar, punca penyakit yang menyerang anaknya masih belum dikenalpasti.
“Penyakit ini bukan normal, tapi sangat jarang berlaku. Tak pasti punca macam mana boleh berlaku. Sekarang ini setiap hari jururawat ambil darah.
“Doktor pun tak cakap apa lagi bila boleh sembuh. Hari ini buat akan buat ujian electrocardiogram (ECG),” katanya.
Penyakit Kawasaki ialah keradangan pada saluran darah (vaskulitis) yang selalunya melibatkan kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Sibuk Duduk Kecam Awek I Gemuk, Pakaian Teruk,” – Atikah Suhaime Dilabel Buncit, Lihat Apa Reaksi Teman Lelakinya

Ketika ini, pelakon, Atikah Suhaimie dilihat sedang menikmati percutiannya di Pulau Langkawi, Kedah bersama rakan-rakan baik dan juga teman lelakinya.
Bagaimanapun, Atikah ada meluahkan rasa terhadap komen-komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen di akaun Instagram miliknya.
Menurut Atikah, dia mengakui dirinya kini dilihat sedikit berisi namun tetap menyifatkan perkara sensitif tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu.
“Yelah I buncit. Sorry followers I buncit. Tiber pagi ni I emo.
“I ada perasaan. Perempuan kalau orang cakap gemuk mesti rasa down. Yah I buncit gemuk. Nantilah I workout.
“Takpalah I gemok dan buncit. Janji hati I bersih ikhlas dan bf I kaya. Alhamdulillah syukurlah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu menerusi IG Story miliknya.
Dalam pada itu, teman lelaki Atikah, Lokman Teh turut memberikan reaksinya terhadap komen-komen nakal tersebut.
“Checking netizen stupid comment, whila I’m enjoying on the yatch. Tulah kalau asyik complain miskin ke, dunia tak adil la blabla, sebab korang ada masa nak bawang.
“Nak kecam orang dekat ig orang. Tu la rezeki tak masuk. Cuba hati bersih sikit. Buat hal sendiri.
“Jangan sibuk takda kerja duduk kecam awek I gemuk ke pakaian teruk la. No one is perfect. But we all are trying to be pace by pace.
“So, mind your own business please. (I still enjoying my life sebab hati I baik chey wah),” katanya.
Sumber: Instagram Atikah Suhaime
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Lebih Sayangkanmu Anak Syurga,” – Memey Suhaiza Cerita Suasana Hening Bila Dapat Berita Baby D Pergi Buat Selamanya

Memey Suhaiza ada berkongsi suasana hening apabila mengetahui permata hati Abby Abadi, Muhammad Danial Firman dimaklumkan meninggal dunia selepas lebih 70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Malah isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu turut menyifatkan betapa Abby dan suaminya, Faizal Zakaria sebagai ibu bapa yang cukup kuat.
Abby sekeluarga termasuk Memey dan Nornam sedang menunaikan umrah di tanah suci ketika ini.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
“Mama Abah yg kuat. Hebat dugaan utk mama @abby_abadi112 & Abah @jaiezzany.
”Smlm asar kami turun sama.. Berusaha mencari spot terbaik utk solat jemaah. Betul2 Lps je solat, mama tunjuk dpt mssge baby D tenat.
”Allah dlm hati masa tu dah berdebar2. Riak muka mama nmpk tenang tp byk terdiam, plan nk sentuh kaabah bersama tapi mummy ,dania ,baby pergi dulu, papa lead”, jelas Memey.
“Baby D, Dpt je sentuh kaabah mummy sungguh2 doa, sebut nama penuh baby D byk kali spya Allah beri keajaiban.
Kami semua syg baby D. Apatah lg mama abah yg setiap hari dtg jenguk n luang masa bersama. Lepas isyak, Dania dtg bilik, ckp…mummy baby danial dah meninggal.
”Tak tau nak reaksi apa waktu tu. Dlm kepala cuma fikir mama. Dania kata mama dlm bilik. Trs bersiap masuk bilik mama Abah. Mama kata baru lps pam susu,” tulisnya lagi.
Lalu, Memey turut berkongsi Abby tetap dengan rutinnya, pamkan susu buat anak tersayang.
“Baby D, sayangnya mama pada mu anak. Beberapa hari kerjakn umrah, mama tetap dgn rutin nya pam susu.
“Cari freezer sejuk beku utk tumpang susu utk bawa balik sebagai bekalanmu anak.
”Mummy peluk mama kuat2. Jatuh lah air mata kami sesama. Abah ditepi, mengalir juga air mata nya termasuk anak2. Suasana jadi hening.
“Mama ckp kita dah usaha mey. Benar, melihat kesungguhan mama n abah setia dgn rutinnya utk jenguk baby D wlpn dlm kesibukan.
”Tapi tetap lari2 utk luang juga masa bersamamu. Mummy papa tak berpeluang buat apa2. Mummy hanya sempat kirimkan susu mummy bila2 mama perlukan utk topup.
”Selebihnya mummy papa doa byk2. Tp Benar kata mama, kita dah usaha. Allah lebih sayangkan mu Anak syurga. Muhammad Danial Firman Faizal, Al-Fatihah.
”Terima kasih buat semua yg selalu sama2 doakan utk baby D,” tulis Memey panjang lebar sambil disusuli dengan pelbagai ucapan serta doa yang ditinggalkan buat Baby D oleh para peminat.
Terdahulu, Muhammad Danial Firman dilahirkan 27 September lalu dengan berat 535 gram.
Allahyarham dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.
Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, dan turut mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.
Hasil perkahwinan terdahulu pula, bintang Gerak Khas itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Terdahulu Abby menerusi Instagram turut memaklumkan jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, selepas Subuh.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI