Pendakwah wanita, ustazah Shadiya Abbas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.05 pagi tadi. Berita duka itu disampaikan pelakon Lisa Surihani menerusi laman Instagram miliknya.
Difahamkan, isteri kepada penceramah agama, ustaz Muhammad Khairul Azman Md Daud itu meninggal dunia akibat penyakit lelah.
“Assalamualaikum wbt, terkejut apabila menerima khabar kepulangan ke Rahmatullah, Ustazah Syadiya Abbas pagi tadi pada 5:05am akibat asma. Saya dan rakan saya @daphneiking hanya terjumpa Allahyarhamah sekali sewaktu penggambaran Girls Day In tahun lepas , tetapi amat terkesan dan cair dgn pembawakannya yang tenang, lemah lembut dan baik hati. Terus rasa sayang kat dia. 😭 Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahumarghfirlaha Warhamha Wa’afiha Wa’fu Anha.. Salam takziah buat keluarganya,” kongsi Lisa.
“Tak ada nak buat gimik, saya seorang yang realistik. Kalau nak buat bisnes, buat dengan betul dan buktikan you boleh berjaya tanpa menggunakan gimik yang pelik.”
Demikian kata jutawan minyak pati aromaterapi, Norhidawati Abdul Aziz, selepas ditanya mengenai pendiriannya mengenai hasilan konten atau gimik yang dilakukan sesetengah usahawan demi memastikan produk jualan menjadi buah mulut ramai.
Bagi Norhidawati atau lebih mesra disapa Teacher Watie, dia percaya bahawa sekiranya produk yang dijual mampu memberikan kesan baik kepada pengguna, ia sekaligus boleh memberi hasil pulangan setimpal dengan apa yang dijual.
“Sebab produk itu bagus, anda boleh menjual produk itu tanpa perlu memalukan diri atau menjatuhkan maruah sendiri. Saya nak jual produk, bukan nak ‘jual’ diri sendiri.
“Saya datang untuk berniaga bersama dengan produk dan ada ilmu. Sebab itulah anda tak nampaklah benda pelik-pelik yang saya buat. Di TikTok pun saya tidak terlalu aktif.
“Untuk saya, memang tekankan kepada aspek pendidikan, sebab saya percaya produk itu memang bagus dan tak perlu gebang lebih pun pasal produk itu. Hanya titiskan ia pada pengguna dan insyaAllah anak nampak hasilnnya.
“Jadi, kerja saya jadi lebih mudah. Lebih mudah sebabnya saya belajar mengenai produk, modaliti, gabungkan bersama dan menjadi professional healer untuk mendidik orang ramai yang perlukan bantuan saya.
“Itu lebih profesional dan orang akan lebih nampaklah. Saya suka cara begitu dan suka untuk untuk bantu orang ramai dengan ilmu dan produk yang saya ada. Pada saya cara itu lebih berkesan dan sustainable,” katanya.
Terdahulu, Norhidawati pernah melakar sejarah apabila menjadi wanita Islam pertama dunia dinobatkan sebagai Royal Crown Diamond Young Living.
Malah, usahawanita yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan minyak pati aromaterapi itu juga sentiasa optimis untuk terus membantu golongan yang memerlukan terutamanya wanita.
Norhidawati juga mahu mendidik masyarakat untuk memahami dan menggunakan minyak pati aromaterapi dengan cara yang betul.
“Alhamdulillah, pengiktirafan yang diberikan itu sedikit sebanyak membuka mata dunia bahawa wanita Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan individu hebat lain.
“Niat saya untuk terus membimbing usahawan di Malaysia terutamanya golongan wanita agar terus bangkit dan memajukan diri. Tidak kira dari apa juga latar belakang.
“Selepas pandemik Covid-19, diakui ramai yang bergelut dengan isu kesihatan mental dan emosi.
“Jadi, kumpulan sokongan menerusi OilyLicious Healthcare Sdn. Bhd. inilah yang banyak menyokong satu sama lain dan membantu masyarakat untuk menggunakan manfaat minyak pati aromaterapi dengan betul agar mencapai tahap kesihatan terbaik,” katanya.
Sehubungan itu, syarikat milik Norhidawati mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dengan menjalankan beberapa ‘roadshow’ di seluruh negara bagi memberi sokongan kepada usahawan-usahawan tersebut.
Program sokongan yang dilakukan ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi membantu lebih ramai lagi usahawan di seluruh Malaysia.
Norhidawati juga ada cara tersendiri untuk menghargai usahawan menerusi majlis apresiasi yang menghimpunkan lebih 100 usahawan hebat seluruh Malaysia.
“Hampir 90% usahawan di bawah bimbingan kami adalah wanita yang tekad mahu meningkatkan taraf ekonomi dan juga menjalani gaya hidup sihat melalui terapi minyak pati aromaterapi.
“Sebagai pemimpin dan individu yang telah mencipta nama dan kejayaan dalam bidang ini, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka seikhlas hati bagi memastikan impian mereka tercapai.
“Saya akui mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh mengikuti setiap kelas serta program yang saya sediakan. Justeru majlis penghargaan ini saya khaskan bagi meraikan mereka,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Tya Ariffin selamat tiba di tanah air setelah menunaikan umrah di kota suci Mekah, pada awal pagi Isnin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Tya turut memuat naik beberapa keping dirinya yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Meski tempoh perjalanan pulang dari Arab Saudi ke tanah air agak lama kerana ia perlu melalui proses dalam norma baharu, Tya bagaimanapun bersyukur kerana semua telah dipermudahkan.
“Alhamdulillah finally home Panjang perjalanan dan perjuangan nak balik Malaysiaaaaaa. Dari Saudi-nya dan Malaysia-nya, hufftt.
“Tak boleh nak type panjang2 karna memang panjang ceritanya,” tulisnya.
Di samping itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya akan menjalani tempoh kuarantin setelah pulang daripada luar negara lalu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan buat dirinya.
“Just nak ucap Syukur Alhamdulillah dan terimakasih pada semua yang membantu dan berdoa untuk Tya Say hi to Quarantine,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Tya Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, pengacara dan personaliti televisyen, Dahlia Shazwan ada berkongsi sekeping foto dirinya ayu mengenakan hijab.
Malah, Dahlia yang sinonim dengan jolokan Miss Trivago Malaysia itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakannya selama ini.
“From the bottom of my heart, thank you kepada yang mendoakan. Love you all,” tulisnya ringkas.
Gambar yang dimuat naik pada malam semalam itu telah meraih lebih 31,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 1000 komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terharu akan keputusan Dahlia untuk tampil sopan malah turut mendoakan yang terbaik buat pengacara program Hlive itu.
Untuk rekod, Dahlia telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Julai 2016 bersama pilihan hati, Shafiq Ismet dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Instagram Dahlia Shazwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal menggegarkan bumi Sarawak, Astro dengan kerjasama TVS kini bersiap sedia membawakan acara skala besar yang bakal menjadi tumpuan warga Borneo khususnya Miri kurang tiga minggu dari sekarang!