Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui dia tidak terkesan dengan kritikan sesetengah pihak yang melabelkannya sebagai ‘terpaling ibu’.

Isu itu timbul disebabkan Uyaina atau nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, gemar berkongsikan tips tentang penjagaan anak kecil sejak dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang dilahirkan pada September tahun lalu.

“Sejujurnya saya abaikan dan tidak berapa ambil peduli jika ada yang kata saya ‘terpaling tahu’ atau ‘terpaling ibu’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)


“Kita buat atau tak buat, orang tetap akan berkata selagi tidak kena dengan selera mereka.

“Pada saya, yang penting anak saya sihat dan semua ibu mahu yang terbaik untuk anak masing-masing.

Ads

“Nak cakap saya ‘terpaling ibu’ atau ‘terpaling tahu’.. terpulang sebab saya cuma ingin berkongsi pengalaman kerana percaya masih ramai yang inginkan perkongsian seumpama ini,” katanya kepada MH.

Uyaina Tak Peduli Disindir ‘Terpaling Ibu’: “Orang Tetap Akan Berkata Selagi Tak Kena Dengan Selera Mereka.”

Uyaina ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kesihatan, Herbs Of Gold yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Ads

Terdahulu, perkongsian Uyaina mengenai ‘tongue tie’ atau lidah pendek yang dialami oleh anaknya berjaya meraih perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam golongan ibu bapa muda.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, selepas pernah menggunting sedikit bahagian bawah lidah anaknya, Uyaina dan suami memutuskan untuk tidak meneruskan pembedahan seperti diusulkan pakar perubatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Ads

“Selepas potong sedikit bahagian bawah lidah, Urhan masih mengalami ‘tongue tie’ dan doktor ada sarankan agar menjalani pembedahan.

“Tapi selepas berbincang dengan suami, kami memutuskan untuk tidak melakukan pembedahan kerana apa yang paling penting Urhan sihat.

“Lagipun dia terlalu kecil untuk menjalani prosedur pembedahan, saya lihat perkembangannya baik, dia sihat dan berat badan sesuai usia, itu sudah cukup bagi saya,” katanya lagi.

Untuk info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran, 30, pada 20 Disember 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Urhan yang kini berusia lapan bulan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI