“Value Harga Tu Tak Tahu Atas Sebab Apa,” – Bayaran Pelakon Lama & Baru Macam Tiada Beza, Ini Luahan Sharifah Shahora

Share

Baru-baru ini, akhbar tempat, Harian Metro ada menerbitkan sebuah artikel mengenai bintang Bollywood, Kareena Kapoor yang kini dikatakan meletakkan harga yang terlampau tinggi bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Kisah tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon senior, Sharifah Shahora.

Jelas Sharifah, dia menyifatkan tindakan Kareena itu tidak sepatutnya dipertikaikan memandangkan bintang tersebut mempunyai pengalaman yang begitu luas di dalam dunia lakonan.

Katanya lagi, senario yang sama turut berlaku di dalam industri seni tanah air apabila bayaran yang ditawarkan buat buat pelakon baru dan lama dilihat seolah-olah tiada beza.

“Dia pelakon lama. Memang ada harga . Lakonan Kareena pun best. Kat Malaysia heroin/ hero pengalaman 5 tahun dengan heroin/ hero baru 6 bulan berlakon, harga dah sama.

“Penat hero/ heroin dah berpengalaman 5 tahun nak memanjat sampi ke puncak, harga dah sama dengan hero/ heroin baru. Tiada harga siling,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Angkara Cinta itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Sharifah turut merasakan para artis senior ini berhak untuk mendapatkan bayaran yang lebih baik berdasarkan cara kerja dan pengalaman mereka selama ini.

“Tu pun harga tak baca skrip. Director kena explain kenapa scene tu terjadi, apa yang berlaku terhadap karektor hero/heroin. Jadi value harga tu tak tahu atas sebab apa?

“Maybe sebab follower, lakonan dapat sambutan, management amik percent tinggi? Kenapa oh kenapa? Jangan letak murah.. jangan letak mahal. Letak harga ikut pengalaman,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut senada dengan Sharifah selain turut berharap agar situasi seperti ini dapat diperbetulkan.

“Mereka ikut pengalaman, Malaysia ikut populariti. Berbakat atau tidak, berpengalaman atau tidak, semua letak tepi. Simpati dengan pelakon-pelakon lama seperti dibuli.

“Saya setuju kak. Sepatutnya lebih banyak pengalaman lebih banyak bayarannya bukan sikit.

“Kalau kerja dah 10 tahun tapi gaji tetap sama bagaimana kak? Kami yang crew-crew pula?,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Sharifah Shahora

Published by
MH