Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida turut memberikan reaksinya sejurus Iqbal Zulkefli selesai membuat persembahan di saingan minggu kedua Big Stage yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Usai membawa beberapa komen yang diberikan pengguna media sosial, Vida selaku Presiden Netizen musim ini berpendapat, bekas pembantu peribadinya itu tidak layak berada di pentas Big Stage.
Dia bagaimanapun memuji keberanian Iqbal yang masih lagi boleh tersenyum meski ada yang memberikan kritikan.
View this post on Instagram
“Saya tak sangguplah nak baca banyak lagi (komen netizen) tapi saya rasa Iqbal, mungkin netizen boleh ambil kebaikan di pihak dia iaitu awak lali kecaman. Tidak kisah, tidak hirau dan awak boleh tersenyum lagi, kuat seperti yang saya kenal. Ini kena ambil contoh.
“Tetapi sebagai Presiden Netizen saya buat kerja, bukan tak buat. Minggu lepas saya tengok pelbagai kecaman, jadi virus kepada industri. Perlukan ‘booster’ kali ini.
“‘Boosternya’ saya perlu menyuarakan, ketepikan segala-galanya iaitu sebagai Presiden Netizen saya bersetuju dengan netizen bahawa kita perlu menghormati juri profesional. Kita perlu hidangkan dengan peserta berkualiti.
“Kita perlu jujur dan berlaku adil kepada peserta Big Stage 2022 dan industri. Saya tak nak perkara macam ini ada dalam industri. Jadi saya selaku Presiden Netizen mengatakan kamu tak layak berada dalam Big Stage,” katanya.
View this post on Instagram
Selesai 11 peserta membuat persembahan, Iqbal diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir selepas mengumpul markah paling rendah, iaitu 9.2 peratus.
Sementara itu, Elica Paujin menjadi bintang yang menjuarai konsert minggu kedua dengan meraih markah sebanyak 84.6 peratus.
Minggu ini, Aina Abdul diundang sebagai Juri Juara sementara Mas Idayu dan Datuk Seri Vida masing-masing menduduki kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen.
Setakat ini, 11 peserta dijadualkan bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/BC7URRDM_mI
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI