Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil membuat penjelasan susulan video tular di Tik Tok yang merakamkan pembantu rumahnya yang didakwa berbuka puasa secara berasingan sebagai mana didakwa.
Menerusi video sama, turut dipersoalkan, adakah situasi tersebut berlaku disebabkan taraf?
Vida,51, berkata pembantu rumah tersebut sama-sama makan sejurus waktu berbuka. Malah, dia sebenarnya duduk semeja dengan kakak.
“Tak ada kerja lain ke, cari pasal nak mengutuk saya. Apa masalah bibik (pembantu rumah) tak semeja dengan saya? Awak nak suruh dia duduk atas riba saya ke?
“Saya bagi bibik makan waktu saya berbuka juga. Dia makan di meja sana, saya makan di meja sini dengan tenangnya. Saya tak fahamlah.
“Lagi pun bibik makan dengan kakak saya, Mok Jah. Macam satu family. Apa masalah sebenarnya?,” kata Vida.
Video yang pada awalnya dikongsikan menerusi Tik Tok itu sebelum ini menerima reaksi pelbagai netizen.
Bagaimanapun, ada yang memahami akan situasi tersebut sekali gus meminta penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu tidak menghiraukan reaksi berbaur negatif.
“Baru-baru ni saya UPDATE STORY berbuka puasa bersama keluarga saya di rumah, dalam story tersebut nampak bibik saya dan kakak saya (MOK JAH) makan di berlainan meja.
“Yang mengejutkan saya, tiba-tiba video story durasi 15 saat itu VIRAL di tiktok dengan caption :
‘BIBIK MAKAN MEJA LAIN, TAK SETARAF’
“Saya faham zaman sekarang orang nak VIRAL sampai sanggup buat CONTENT CONTENT sebegini tanpa usul periksa sehingga mengundang fitnah dan kecaman.
“Kalau tak ada perkara baik yang nak di kongsikan dan di perkatakan, lebih baik diam. Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ye Sayang Sayang Semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran terbabit.