Tidak dinafikan kita semua menantikan pembentukan kerajaan baru selepas selesai proses Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu lalu.
Bagaimanapun sehingga kini ia masih di peringkat perbincangan gabungan berdasarkan senario semasa keputusan PRU15 lalu.
Dalam pada itu, ramai yang tampil memberikan reaksi termasuk usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang tak senang duduk susulan hal yang berlaku.
View this post on Instagram
“Tengok tangan, kecut tak hilang lagi ni. Lepas tu hati ngisak (resah) tiga hari nak tunggu keputusan (pucuk kepimpinan tertinggi negara). Siapa yang (bakal) memerintah (mentadbir) ni.
“Patutnya tadi… tapi tunggu lagi, tunggu lagi. Lagu mana la ni (macam mana sekarang ini)?,” tanya Vida menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram.
Artikel Berkaitan;
Netizen Nak Dapatkan Kepastian Vida Ada Buat ‘Potong Perut’ Ke? “Tidak… No” Katanya!
Vida Melaram Mewah, Bawa Bunga Tangan Emas RM500,000; “Sebagai Ganti Tas Tangan.”
‘SWIPE’ ALYPH Suskes Trending, Ulas Sebab Tampilkan Vida; “DSV Sangat Sempurna Dengan Karakter Itu.”
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya turut memberikan pandangan masing-masing.
“Mengundi sudah. Keputusannya sampai sekarang takda lagi. Macam mana ni,” tulis penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu menerusi ruangan kapsyen pada hantaran terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI