Meski masih dalam berpantang selepas melahirkan anak sulung pada 24 Jun lalu, instafamous Syafiqah Aaina telah menerima kejutan dari suaminya,Hafiz Mahamad.
Menerusi video yang dikongsikan Hafiz, bapa muda ini telah menghadiahkan seutas gelang tangan buat Aaina dan anaknnya, Raisya Arisa.
“Bila sampai je JB tadi, ingat terus nak balik rumah sebab rindu sangat dekat 2 puteri ni. Fikir fikir balik, nak belikan hadiah dulu la dekat diorang. Tapi taktau nak beli barang apa,
“So singgah lah Angsana niat nak cari bunga, last minit terdetik hati, saya tak pernah hadiahkan Mummy benda ni & mummy tak pernah minta pun selama kahwin ni.
“Bila masuk Habib, manalah kita tau yg mana cantik. Lepas 30min Ikut kata hati, pilih jelah yg ni mesti dia suka. Awhh bila sampai rumah, mummy ingat kita beli untuk anak jenis.
“Hehe mana ada, dulu hadiah bagi mummy je. Sekarang saya ada 2 puteri & Birthday anak, mummy pun bulan yg sama. Hm nanti Raisya besar, memang pakat dgn mummy jelah minta Daddy belanja.
“Takpa, doakan Daddy sentiasa dilimpahkan rezeki selalu,” kongsi Hafiz.
Video berdurasi satu minit itu melihatkan ekspresi wajah Aaina terharu menerima hadiah tersebut.
Lebih romantis, Hafiz turut memakaikan gelang emas ke tangan anaknya.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir 500,000 tontonan.
Video: IG Hafiz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI