‘Mudah, sedap dan menyelerakan’- Itu yang dapat digambarkan apabila chef instafamous, Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi pelbagai juadah istimewa khusus untuk berbuka puasa.
Memiliki 1.7 juta pengikut di Instagram, Khairul turut menyelitkan unsur ‘drama’ yang pastinya dapat menghiburkan penonton.
Lebih hebat, apabila Khairul, 27, menyediakan resipi 30 hari tanpa henti bersempena dengan bulan puasa ini.
Jadi tidak hairanlah sekiranya menu yang disediakan turut mendapat perhatian netizen, setanding resepi selebriti!
Menggunakan tag line, Dapur Lonely, anak kelahiran Terengganu ini sering berkongsi video masakan baik dalam bentuk main dish, minuman dan juga pencuci mulut (desserts).
Genap 10 tahun pembabitan dalam bidang seni, pelakon, Janna Nick membuka tahun 2021 dengan melebarkan sayap dalam bidang pengarahan dan penerbitan menerusi telefilem, Delen bakal memulakan tayangannya hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra.
Menariknya, telefilem terbitan syarikat Janna sendiri iaitu Janna Nick Studios menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sean Lee, Sherry Al Hadad, Mark Adam, Joey, Dini Schatzmann, Norreen Iman dan ramai lagi.
Menurut Janna nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dia memilih genre komedi romantik untuk naskhah sulungnya itu yang memaparkan kisah percintaan remaja sekolah.
“Saya pilih genre dan jalan cerita ini kerana berasakan lebih mudah untuk mengarah. Tapi, sebenarnya tidak apatah lagi ketika proses suntingan. Kalau dengar komedi romantik memang ringan, tapi nak hasilkan karya sebegini agak sukar juga.
“Namun, apabila sudah terbabit dalam bidang pengarahan dan penerbitan, ia memang memberi pengalaman baharu. Saya mula melihat skop pekerjaan dunia hiburan dengan lebih serius dan perspekif lebih besar.
“Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja, tapi apabila menjadi pengarah dan penerbit, saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya melihat ia memberi kesan dari segi kerjaya lakonan yang mana saya perlu lebih peka terhadap kerja pengarah dan penerbit.
“Apabila duduk di kerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi. Baru faham setiap pengarah ini ada ‘look’ dan ‘feel’ yang mereka mahukan. Dalam erti kata lain, pemahaam pelakon dan pengarah tak sama. Menjadi pelakon kena hormat kerja pengarahan,” katanya.
Bintang drama Marry Me Senorita ini turut menambah, penghasilan teleflem tersebut itu bukan sekadar satu percubaan, sebaliknya dia serius untuk terus menghasilkan lebih banyak karya selepas ini.
“Alhamdulillah, tahun ini genap 10 tahun dalam industri. Dari segi nak mengarah, diakui saya memang tidak kelulusan itu, tapi saya ada dari segi pengaalaman. Dari awal lagi masuk industri saya memang niat dan bercita-cita mahu menjadi pengarah.
“Malah, saya masuk industri pun mahu serius dalam bidang ini. Bukan nak kejar populariti dan glamor saja. Jadi, tidak salah untuk saya mencuba dan meneroka bidang baharu pula. Apabila saya menerbit dan mengarah telefilem ini, ia bukan satu percubaan dan saya takkan berhenti.
“Insya Allah, selepas ini ada satu lagi telefilem yang akan ditayangkan. Cerita berjudul Jeti ini sudah siap menjalani penggambaran pun. Kali ini saya membawakan genre berat dan penuh emosi lakonan hebat Nabila Huda dan Fauziah Nawi.
“Tapi, untuk cerita ini saya memberi fokus kepada pengarahan dan penerbitan saja. Ternyata, untuk genre ini ia lebih mudah berbanding komedi romantik,” katanya.
Menurut Janna, membabitkan diri dalam bidang penerbitan juga satu percaturan buat dirinya termasuk dalam soal untung dan rugi.
“Saya sudah bersedia sama ada sebagai penerbit atau pengarah. Disebabkan itu saya mencabar dan memberanikan diri menerbitkan telefilem di bawah syarikat sendiri. Kalau nak mengharap penerbit lain ambil saya mengarah mungkin lambat lagi. Jadi, saya kena melabur sendiri.
“Ini bukan soal mencari keuntungan, tapi ia lebih kepada kepuasan. Malah, saya boleh tentukan ‘look’ mana saya nak dalam setiap karya dihasilkan. Mungkin kalau dengan produksi lain akan ada kekangan,” katanya.
Mengakui berdebar dengan tayangan Delen, Janna mengalu-alukan dan terbuka untuk menerima sebarang kritikan membina daripada penonton.
“Mengarahkan pelakon, jurukamera dan kru berpengalaman sangat mencabar. Sudah tentu mereka akan berfikir apa kredibiliti yang saya ada. Jadi, ini memang mencabar dan menjadi satu cabaran besar buat saya. Duduk di kerusi pengarah, bukan setakat ‘cut & action’. Tapi tanggungjawab sangat besar.
“Memandangkan Delen adalah buah tangan pertama syarikat saya, jadi, saya perlukan kritikan semua orang untuk saya memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti kerja. Sekali gus saya dapat idea dari kritikan semua. Termasuklah, saya juga boleh tahu drama macam mana yang mereka nak tonton.
“Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tidak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar. Lebih baik tegur dan kritik sekarang daripada tidak ada langsung,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Janna berkongsi dia terpaksa menangguhkan pengajian dalam bidang pengarahan di Institut Kesenian Jakarta di Indonesia (IJK) ekoran penularan wabak Covid-19.
Telefilem Delen menampilkan kisah cinta remaja antara Delen (Sean Lee) dan Robert (Dini) yang merebut cinta Emily (Janna). Robert menganjurkan pertandingan berenang dan meletakkan syarat pemenang pertandingan itu akan berjaya memiliki cinta Emily.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas mencipta sensasi dengan menghasilkan potret penyanyi, Allahyarham Siti Sarah dengan menggunakan kiub rubik, pemuda yang dikenali sebagai Abam Takaful menerusi aplikasi Tik Tok sekali lagi mencuri tumpuan ramai.
Menerusi posting terkini di laman Tik Tok, Abam Takaful atau nama sebenarnya Zabli Ab Hadi telah pun menghasil sebuah lagi potret dengan menggunakan kiub rubik sebagai tanda penghargaannya buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang telah menitipkan komen pujian pada postingnya sebelum ini.
Pada masa sama, Zabli turut dilihat menjawab persoalan ramai pengenai proses pembuatan potret tersebut.
Menurut Zabli, untuk potret Siti Nurhaliza ini, dia telah pun menggunakan sebanyak 391 buah kiub rubik untuk keseluruhan proses tersebut.
“Assalamualaikum awak semua. Hari ini saya ingin respon kepada komen Tok Ti pada minggu lepas. Kita nak buat apa? Saya nak lukis gambar Tok Ti mengguna rubic cube ni. Jom.
“Ramai yang tanya, berapa banyak jumlah rubic cube yang saya gunakan untuk buat benda ni. Sebenarnya tidaklah banyak cuma 391 ketul sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Zabli turut mendedahkan dia hanya mengambil masa tiga hingga ke empat jam bagi menyiapkan potret tersebut.
“Untuk lukisan hari ini, saya menggunakan gambar asal daripada Google. Ada juga yang bertanya pada saya berapa lama masa yang saya gunakan untuk siapkan benda ni? Kalau nak kirakan lebih kurang dalam tiga hingga empat jam sahaja.
“Kalau anda semua suka dengan hasil yang saya tunjukkan ini, bolehlah like, komen dan share. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut memuji kemahiran yang dimiliki oleh Zabli itu.
“Memamg genius orang yang buat ni. Terbaik bang. Alhamdulilah, Allah bagi kelebihan yang superb dekat Abang.
“Hebat betul orang Malaysia. Semua boleh. Malaysia boleh.
“MasyaAllah kehebatan yang luar biasa.
“Sebelum ini tengok mat salleh yang buat. Ini pula tengok orang Malaysia yang buat. Salute bang,” antara reaksi-reaksi netizen di aplikasi Tik Tok.
Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih lebih 1.6 juta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Sumber: Tik Tok Abam. Takaful
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, peranan golongan selebriti tidak hanya terbatas sebagai penghibur semata-mata, sebaliknya ia juga mampu menjadi pencetus semangat serta motivasi kepada masyarakat, termasuk warga...