Posting video terkini pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram nyata menyentuh hati ramai. Apatah lagi hari ini berlangsungnya #QuranHour, pelakon cantik itu ada berkongsi video pendek yang merakamkan suaminya, pelakon Aidil Aziz sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu hanya meletakkan tanda emoji dan tanda palang #curicuri #sorrysayang.
View this post on Instagram🤗♥️😢 . . . . . #curicuri #sorrysayang
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Video tersebut yang sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Malah, ada yang turut bercerita perihal latar pendidikan aktor tersebut pada zaman persekolahan.
Baru-baru ini juga, pasangan ini turut mencuri tumpuan apabila Fasha mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertamanya bersama Aidil. Pasangan ini mendirikan rumah tangga Februari lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tarikh Nikah 20 Februari 2020 Juga Sangat Cantik, Kenapa Tidak Kami Abadikan,” – Rupanya Dirisik Oktober Lalu, Emma Maembong & Suami Cerita Proses Bertaut Hati
Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, kira-kira jam 11.58 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara
Pada majlis berkonsepkan warna putih itu dan dihadiri 300 tetamu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 bersama senaskhah Al Quran bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima.
Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail bersyukur segala perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.
“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah (20022020) juga sangat cantik dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” katanya yang cantik dan ayu dengan tata rias Nad Ismail.
Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun Uqasha Senrose.
Namun ketika itu mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangkakan ada detik istimewa yang diraih selepas itu.
“Malah sehari selepas itu dia sebenarnya ada menghantar mesej di Instagram. Namun tidak disedari saya. Hanya pada tahun 2018, baru mesej yang dihantarnya saya disedari. Ketika itu kami hanya berbalas mesej biasa termasuk bercakap soal kucing. Perbualan itu berakhir begitu saja.
“Dipendekkan cerita pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubungan semula di Instagram. Kali ini proses itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon. Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya.
“Seminggu seterusnya pula, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isterinya,” kata pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu.
Pada masa sama, Emma turut mengakui sikap, kesungguhan dan keberanian suami antara yang memikat hatinya.
“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya sendiri juga menginginkan hal sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia juga lelaki yang mementingkan keluarga dan agama selain matang
“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah keluarga saya,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Shazli selain mengagumi kecantikan semula jadi isterinya, Emma juga dilihat sangat rajin bekerja.
“Dia mempunyai hati yang baik. Dia tahu apa yang diinginkan dalam hidupnya selain mengutamakan keluarga seperti mana diri ini. Dia sangat tegas dalam soal membuat keputusan.
“Malah saya melihat dia juga jenis yang ada ramai kawan, namun memilih yang betul betul boleh rapat dengannya,” kata jejaka yang membesar di Selangor itu
Pasangan ini juga belum merancang destinasi berbulan madu, malah tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin.
Pada 6 Mac depan, majlis berinai akan diadakan dan sehari selepas itu pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Putrajaya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Memuat Naik Gambar Itu Bukan Bertujuan Untuk Buat Kontroversi Pun,” – Hubungan Masih Baik, Intan Najuwa Respon Foto Bersama Bekas Tunang
“Kalau ada jodoh, adalah.” Itu kata pelakon popular, Intan Najuwa yang sekali gus mengesahkan gambar bahu lelaki yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, ialah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 23 tahun itu menjelaskan selepas melalui fasa putus pada Februari lalu, hubungannya dengan Razrul tetap baik.
Malah, Intan turut menyifatkan dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.
“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa.
“Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.
“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.
“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja,” kata pelakon Setelah Kudimiliki ini seperti dipetik.
“Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontroversi pun. Ia sekadar ‘posting’ (hantaran) suka-suka.
“Mohon doakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.
Intan sebelum ini mendapat perhatian peminat selepas mengesahkan dia putus tunang dengan lelaki berkenaan selepas mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Intan kini sibuk menjalani penggambaran drama Pink Smile bagi slot Lestary, TV3.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selamat Hari Kekasih Sayang,”- Bukan Sambut Secara Rasmi, Sekadar Tanda Ingatan Buat Si Isteri, Mona Allen
Seperti sedia maklum, ada sesetengah pihak menganggap 14 Februari merupakan ingatan buat insan tersayang di seluruh dunia.
Menerusi entri terkini milik pelakon Pekin Ibrahim di Instagram, pelakon berusia 38 tahun itu ada memuat naik swa-foto bersama isterinya, Mona Allen.
Dalam pada itu, Pekin ada menitipkan ucapan selamat hari kekasih buat isterinya.
“sekadar ucapan buat isteri ku @mona.allen, selamat hari kekasih sayang.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu menegas dia tidak menyambut hari kekasih tetapi sekadar ucapan buat isteri.
“p/s : Bukan secara rasminya saya celebrate apa itu Valentines. sekadar ingatan buat isteri,” tulis pelakon dan pengarah ini.
Pada masa sama, Mona juga turut memberikan reaksi terhadap perkongsian Pekin di ruangan komen entri tersebut.
“love u shooo much,” respon Mona.
Sekadar informasi, Pekin atau nama sebenarnya Muhd Iznan Ibrahim telah mendirikan rumah tangga bersama Mona pada 7 Disember 2018.
Foto: Instagram Mona Allen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI