Posting video terkini pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram nyata menyentuh hati ramai. Apatah lagi hari ini berlangsungnya #QuranHour, pelakon cantik itu ada berkongsi video pendek yang merakamkan suaminya, pelakon Aidil Aziz sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu hanya meletakkan tanda emoji dan tanda palang #curicuri #sorrysayang.
Video tersebut yang sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Malah, ada yang turut bercerita perihal latar pendidikan aktor tersebut pada zaman persekolahan.
Baru-baru ini juga, pasangan ini turut mencuri tumpuan apabila Fasha mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertamanya bersama Aidil. Pasangan ini mendirikan rumah tangga Februari lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha