
Masih ingatkah anda lagi dengan iklan Merdeka 2003 yang berkisarkan tiga orang sahabat baik berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina dan India?
Iklan ‘lagend’ itu pastinya mengimbau detik manis tentang nilai persahabatan.
Namun, mungkin ramai tak tahu rupanya, kanak-kanak lelaki berbangsa Melayu itu merupakan suami kepada penyanyi popular, Kaka Azraff iaitu Adam Azriff.
Perkara itu didedahkan Kaka di Insta Storiesnya.
“Adam Azriif masa kecil. Naturl talent eh dia.. hehe.. I love this iklan dulu.. Tak tahu pulak jadi jodoh I.. Hahha! Directed by, Arwah yasmin Ahmad.
Malah, ayat yang digunakan Adam ketika itu, “Aku sepak kang,” sehingga kini masih segar dalam ingatan ramai.
“Aku sepak kang” tu yang buat iklan ni ‘something’. HAHAHA! I’ve been told, takde dlm script pun, dia spontan. Thats my baby, you’re are natura. hihi,” tulis Kaka yang popular dengan lagu bukan Hal Aku.
Nyata, terjawab sudah selama 16 tahun empunya badan kanak-kanak lelaki itu menerusi iklan tajaan Petronas, kan?
Video: Instagram Kaka, Youtube
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belum Berpecah Lah! De Fam Tangkis Dakwaan Kini Bawa Haluan Sendiri; “Kami Akan Terus Bersama.”

Selepas lama tidak muncul dengan sebarang naskhah terbaharu secara berkumpulan, De Fam tampil menyangkal dakwaan yang kononnya mereka bakal berpecah seterusnya membawa haluan masing-masing.
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin menjelaskan, De Fam akan terus memeriahkan industri dan bakal tampil dengan kejutan istimewa, Oktober ini.
“Kami bersama sejak awal dan berjuang membawa muzik serta bakat kami. Insya-Allah kami tidak akan berpecah.
“Alhamdulillah kami memang teruja untuk kembali dan nantikan tidak lama saja lagi semua akan terjawab. Doakan dan teruslah sokong kami,” katanya kepada MH.
De Fam ditemui pada majlis Awesome TV Now You See Me Screening 2023 di Subang Jaya pada Selasa.
Sementara itu, Sophia Liana pula berkata, walaupun kelibat De Fam mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, namun mereka sebenarnya masih lagi aktif diundang untuk membuat persembahan majlis luar.
Kumpulan yang popular dengan lagu Supergirls ini turut menambah, mereka akan sentiasa meletakkan keutamaan buat De Fam meski masing-masing terikat dengan kerjaya tersendiri.
“Kami tetap utamakan De Fam dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Macam De Fam, kami tubuh dan bentuk kumpulan ini sendiri.
“Jadi Insya-Allah kami akan terus bersama sebab kami memang sudah saling mengenali,” kata Sophia.
Selain Cik Manggis dan Sophia, De Fam turut dianggotai Azira Shafinaz yang juga aktif dalam bidang lakonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram De Fam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Syak Kacak Tu ‘Sultan Pemurah’, Vida Jawab Teka-Teki; “Apa Yang Berlaku Di TikTok, Saya…”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai siapakah gerangan di sebalik individu misteri yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Pemurah.
Nama samaran Sultan Pemurah mula mendapat perhatian selepas dia dikatakan sering memberikan ‘online gift’ mewah buat para pempengaruh yang mengadakan sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok.
Lantaran itu, para netizen mula berteka-teki untuk mencari tahu indentiti sebenar dermawan misteri tersebut.
Antara nama yang disebut-sebut sebagai pemilik akaun terbabit ialah anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Kacak berdasarkan tonasi suaranya.
Vida ketika dihubungi MH memaklumkan dia sendiri tidak pasti mengenai perkara itu, namun, tidak menolak individu tersebut adalah daripada kalangan komuniti permainan video dalam talian.
Menurut Vida lagi, tiada keperluan juga bagi dirinya untuk bertanyakan hal sedemikian kepada anaknya itu.
“Saya pun tak tahu sebenarnya. Nak kata ya atau tidak, pengguna-pengguna tegar Tik Tok atau yang sering bermain video game ini mungkin tahulah siapa orangnya.
“Saya rasa lebih elok kita biarkan sahaja ia rahsia. Kalau kita tahu siapa orangnya, dah bukan ‘mystery giver’ lagi dah. Kacak pun selalu dalam bilik bermain video game. Rasanya komuniti mereka tahu je pasal perkara ni,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah dia risau jika anaknya itu membelanjakan wang untuk memberikan hadiah di media sosial, penyanyi lagu I AM Me itu memberitahu, anak-anak bijak menguruskan kewangan mereka sendiri.
“Mereka ada cara dan pendapatan mereka sendiri. Daripada beli kasut dan baju berpuluh ribu, biarlah budak-budak ini dengan cara mereka. Budak-budak sekarang pelik sikit cara hiburan mereka.
“Saya pun tiada bertanya kepada Kacak. Saya biarkan sahaja apa dia nak buat. Walau apapun, saya akan tetap beri sokongan. Apa yang berlaku di Tik Tok, saya tengok je,” katanya lagi.
Selain Kacak, antara nama selebriti lain yang turut ditebak sebagai Sultan Pemurah termasuk pelakon Aeril Zafrel dan suami arwah Siti Sarah, Shuib.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolonglah Jaga Timing Dan Attitude,” – Zizi Kirana Cerita Fasal Kena Tunggu Artis BBNU Dekat 8 Jam

Dididik untuk sentiasa menghargai waktu orang lain, jelas Zizi Kirana dia cukup kecewa dengan sikap segelintir artis baru BBNU yang tidak menepati masa dan tiada disiplin dalam tugas yang dilakukan.
Jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, Kuala Lumpur pada Rabu, dia pernah berhadapan dengan situasi di mana terpaksa menunggu seorang artis BBNU hampir lapan jam di lokasi sebuah program.
“Kalau ada artis yang lambat memang saya akan terus menegur kerana sewaktu di dalam Akademi Fantasia pada 2209, kami diajar untuk menepati masa kerana di dalam industri, kita bekerja dengan ramai orang.
“Kita kena sentiasa bersedia dan apabila diberi ‘call time’ tolong tepati waktu. Apabila berjumpa orang, hormati mereka kerana itu yang diajar sedari kecil. Itu dipanggil disiplin diri.
“Namun apabila artis baru ini buat perangai, susah dia mahu bertahan dan mendapat tawaran selepas itu.
“Paling lama saya pernah menunggu artis baru daripada jam 7.00 pagi hingga jam 2.00 petang, hampir lapan jam. Saya tidak mahu menyebut nama artis itu, biar rahsia. Itu paling lama saya menunggu sepanjang berapa tahun dalam industri.
“Waktu itu saya pula perlu bergegas ke tempat lain untuk persembahan jadi agak kecewa dengan sikapnya,” jelasnya kepada media.
Dalam pada itu, dia turut menyelar tindak tanduk segelintir yang tiada rasa hormat kepada artis veteran walaupun duduk dalam majlis yang sama.
“Banyak saya jumpa artis baru yang tidak menghormati yang lama. Kalau tidak menegur saya tidak mengapalah, namun artis veteran lain pun dipandang sepi oleh segelintir mereka. Kalau tidak sempat bersalam, apa salahnya senyum, tidak susah kan?
“Nasihat saya, tolonglah jaga timing dan attitude anda sebagai artis,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, New Balance bakal melancarkan koleksi terbaru stail 90-an untuk generasi masa kini. Rekaan 850 ini bakal berada di pasaran bermula 15 Februari depan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI